empty
 
 
13.01.2022 11:53 AM
EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 13 Januari. Laporan COT dan analisis dagangan semalam. EUR menuju ke tahap tinggi baharu

Apa yang diperlukan untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD

Semalam, pasangan mata wang EUR/USD telah menghasilkan beberapa isyarat untuk kemasukan pesanan pasaran. Sekarang mari kita lihat carta 5 minit dan cuba fikirkan apakah yang sebenarnya telah berlaku. Dalam artikel saya di sebelah pagi semalam, saya memberikan perhatian kepada tahap 1.1363 dan menasihatkan anda untuk membuat keputusan dagangan dengan menfokuskan tahap ini. Selepas ia menyaksikan pertumbuhan yang ketara pada separuh pertama hari semalam, kenaikan harga euro gagal mengekalkan aliran menaik selanjutnya. Data makroekonomi untuk EU tidak begitu penting untuk pasangan mata wang ini. Malah, peserta pasaran berwaspada dengan data inflasi AS. CPI sebenar mencatatkan bacaan yang sepenuhnya sepadan dengan ramalan. Penembusan harga palsu pada tahap 1.1363 pada separuh pertama hari ini dan kembali dagangan ke tahap ini telah menawarkan isyarat kemasukan untuk pesanan membeli. Walau bagaimanapun, isyarat ini telah dilaksanakan pada separuh kedua hari semalam. Berdasarkan data inflasi, pasangan mata wang EUR/USD meningkat kepada 1.1415 di mana saya mengesyorkan pedagang membuka pesanan menjual pada lantunan harga dengan mengandaikan pembetulan sebanyak 15-20 pip. Dan ini yang sebenarnya telah berlaku. Sebaliknya memberikan isyarat untuk kemasukan membeli yang menolak EUR ke tahap rintangan seterusnya pada 1.1442.

This image is no longer relevant

Pembeli mata wang EUR pada masa ini mengukuhkan bahagian atas. Mereka tidak berputus asa pada separuh pertama hari semalam. Tugas utama mereka adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.1429 kerana ia akan menentukan tindakan harga yang selanjutnya. Penembusan harga cenderung untuk membawa kepada pengambilan untung, menolak pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah. EUR cenderung untuk melonjak naik ke tahap tinggi baharu pada 1.1457 atas beberapa syarat seperti penembusan sokongan palsu, data pengeluaran perindustrian Itali yang kukuh dan buletin ekonomi ECB. Kenaikan harga EUR sepatutnya menembusi kawasan ini dan membuat ujian sebaliknya ke arah bawah. Ini akan membuka jalan kepada pergerakan kenaikan harga baharu ke arah tahap 1.1484 dan 1.1514 di mana saya mengesyorkan pengambilan untung.

Tahap 1.1562 dilihat sebagai sasaran yang selanjutnya. Jika pasangan mata wang menurun semasa perdagangan Eropah dan kenaikan harga diperhatikan perlahan pada tahap 1.1429, maka adalah lebih baik untuk membatalkan cadangan untuk kemasukan pesanan membeli sehingga sokongan yang lebih besar pada tahap 1.1397 dicapai. Kenaikan harga mendapat manfaat daripada kejayaan Moving Averages (MA) yang melepasi tahap sedikit lebih tinggi. Namun begitu, saya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di sana sekiranya berlaku penembusan harga palsu. Kita boleh membeli pasangan mata wang EUR/USD pada penurunan harga dari tahap 1.1357, dengan mengandaikan pembetulan menaik urusniaga harian sebanyak 20-25 pip.

Apa yang diperlukan untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD

Penjual kehilangan kawalan ke atas pasaran, berpaut pada mana-mana tahap rintangan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD melanjutkan pertumbuhan dalam sesi dagangan Eropah selepas buletin ECB dan data pengeluaran perindustrian mencatatkan bacaan yang optimis dari Itali, penjual perlu melakukan segala yang mungkin untuk tidak terlepas tahap tinggi baharu 1.1457. Lonjakan harga di atas tahap ini akan membuka jalan ke pasaran kenaikan harga yang sukar untuk dicapai. Penembusan harga palsu pada tahap 1.1457 akan mewujudkan titik kemasukan pasaran pertama dengan pesanan menjual kerana penjual akan bergantung pada penarikan semula harga ke arah sokongan interim 1.1429 di tengah-tengah tekanan menurun. Inilah tahap yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun, sekiranya aliran menaik tidak cukup aktif, tahap ini boleh ditembusi. Ujian harga menaik pada tahap 1.1429 akan memberikan isyarat tambahan untuk pedagang membuka pesanan menjual dengan prospek penurunan ke tahap yang jauh lebih rendah pada 1.1397. Moving Averages (MA) yang melintasi sana memberi manfaat kepada kenaikan harga. Sentimen pasaran akan berubah menjadi menurun sekiranya harga melepasi kawasan ini dan mencapai pesanan Buy Stop. Tindakan harga ini akan menolak pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan ke tahap rendah 1.1357 dan 1.1324 di mana saya mengesyorkan pengambilan untung.

Sekiranya EUR mendapat keuntungan dan penurunan harga perlahan pada tahap 1.1457, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa menjual pasangan mata wang ini. Senario yang munasabah akan membuka pesanan menjual dengan syarat penembusan harga palsu sekitar tahap 1.1484. Pedagang juga boleh menjual pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan harga dari tahap tinggi 1.1514 atau lebih tinggi lagi pada 1.1562, dengan mengambil kira pembetulan menurun urusniaga harian sebanyak 15-20 pip.

This image is no longer relevant

Laporan COT (Komitmen Pedagang) dari 4 Januari mencatatkan peningkatan mendadak dalam pesanan membeli dan penurunan dalam pesanan menjual yang memberi kesan kepada nilai delta negatif. Ia menunjukkan bahawa pasaran sedang mengubah sentimennya dan permintaan untuk EUR kekal kukuh walaupun Fed bersikap "hawkish" dan peralihannya ke arah pengetatan monetari yang agresif. Kemuncak minggu ini ialah laporan inflasi dari AS. CPI tahunan AS melonjak melebihi 7% pada bulan Disember. Bukti baharu inflasi yang melambung tinggi akan memaksa bank pusat AS mempercepatkan pengetatan monetari dengan kenaikan kadar pertama lebih awal daripada kemudian. Perkara lain ialah pasaran buruh AS bertambah baik secara berterusan. Dalam konteks ini, kita boleh menjangkakan bahawa pengawal selia AS mungkin akan meningkatkan kadar faedah sekurang-kurangnya sebanyak 4 kali tahun ini.

ECB akan menarik balik program pembelian bon kecemasan sepenuhnya pada Mac 2022. Walau bagaimanapun, pengawal selia tidak merancang langkah lain ke arah mengetatkan dasar monetarinya. Pendirian "dovish" ini telah menghadkan potensi peningkatan aset berisiko.

Menurut laporan COT lepas, pesanan membeli bukan komersil telah meningkat kepada 199,073 daripada 196,595 untuk minggu itu. Pada masa yang sama, pesanan menjual bukan komersial turun daripada 206,757 kepada 200,627. Ia membuktikan bahawa pedagang bersedia untuk menambah pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD dengan mengambil kira pembetulan menaik selanjutnya bagi pasangan EUR/USD. Secara keseluruhannya, pesanan bersih bukan komersial merosot daripada -10,162 kepada -1,554. Dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD ditutup sedikit lebih tinggi pada minggu lepas, iaitu pada tahap 1.1302 berbanding 1.1277 seminggu yang lalu.

This image is no longer relevant

Isyarat indikator:

Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di atas Moving Average (MA) 30 dan 50. Ini menunjukkan pertumbuhan selanjutnya bagi mata wang EUR dalam jangka pendek.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD diniagakan menurun, maka sempadan bawah 1.1397 akan berfungsi sebagai tahap sokongan. Jika sebaliknya, pasangan mata wang EUR/USD diniagakan kukuh, sempadan indikator pada tahap 1.1484 akan berfungsi sebagai rintangan.

Penerangan Indikator

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget