empty
 
 
11.03.2022 10:33 AM
GBP/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 11 Mac. Laporan Komitmen Pedagang COT (analisis urus niaga semalam). Pound bergerak menuju ke tahap rendah tahunan dan mensasarkan ke tahap 1.3034

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Semalam, isyarat menguntungkan yang mencukupi telah dibentuk untuk memasuki pasaran. Saya mencadangkan kita melihat pada carta 5 minit dan menghuraikan apa yang telah berlaku. Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya telah menumpukan perhatian kepada tahap 1.3194 dan mengesyorkan pedagang membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Percubaan yang tidak berjaya oleh kenaikan harga untuk memperoleh kedudukan di atas tahap rintangan 1.3194 telah membawa kepada pembentukan isyarat kemasukan pesanan menjual untuk pound, selepas itu pasangan mata wang ini turun lebih daripada 50 mata. Kami mencapai sokongan terdekat pada tahap 1.3138 hanya pada sebelah petang selepas data kukuh mengenai inflasi AS dikeluarkan, yang membawa kepada penembusan dan ujian terbalik pada julat ini. Akibatnya, satu lagi isyarat kemasukan pesanan menjual telah terbentuk dan penurunan sebanyak 50 mata pada pound ke tahap sokongan seterusnya 1.3085 telah diperhatikan. Dan adakah terdapat pintu masuk untuk euro?

This image is no longer relevant

Tahap rendah tahunan dicemari sepenuhnya, yang memaksa kami menyemak semula gambaran teknikal dan tidak memihak kepada pembeli. Kenaikan mendadak direkodkan dalam laporan inflasi Amerika Syarikat semalam, walaupun ia boleh diramalkan, semua orang memahami bahawa tidak ada yang baik dalam hal ini, dan apakah inflasi yang akan berlaku di UK sekarang, dengan berlatar belakangkan peningkatan pesat dalam harga tenaga, seseorang hanya boleh meneka. Semua ini mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap ekonomi dan memperlahankan pertumbuhannya - anda boleh melihat keputusan akhir pada graf. Tetapi kejatuhan pound adalah terhad, kerana kami mempunyai tindakan agresif Bank of England (BoE) yang jelas mengenai kadar faedah di hadapan memandangkan inflasi di UK kini hampir menjadi sakit kepala paling penting bagi rakyat dan ahli politik yang mentadbir negara. Peningkatan dalam kadar akan membawa kepada pulangan permintaan untuk pound. Sebilangan besar statistik ekonomi dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, dan laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk bulan Januari tahun ini akan menarik perhatian khusus. Tugas penting kenaikan harga semasa sesi dagangan Eropah adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.3034, yang mana pound secara beransur-ansur melemah. Pesanan membeli dari tahap ini boleh dipertimbangkan hanya selepas pembentukan penembusan harga palsu dan laporan kukuh mengenai kadar pertumbuhan ekonomi dikeluarkan untuk awal tahun ini. Pertumbuhan dalam senario ini akan membawa pasangan mata wang ini kembali berdagang ke tahap rintangan 1.3111, yang juga tidak akan begitu mudah untuk ditembusi. Dalam zon harga 1.3111, terdapat Moving Average (MA) yang memihak kepada penjual. Hanya satu penembusan harga dan ujian terbalik pada kawasan ini dari atas ke bawah, bersama-sama dengan data kukuh tentang KDNK, perubahan dalam pengeluaran perindustrian dan indeks aktiviti dalam sektor perkhidmatan UK, akan membawa kepada penembusan beberapa pesanan Stop penjual, membenarkan aliran menaik untuk meningkatkan pesanan membeli dengan lebih aktif. Sasaran, dalam kes ini, akan terletak pada kawasan 1.3190. Tugas yang lebih sukar ialah untuk menembusi tahap rintangan 1.3244 - ini akan memberikan tamparan kuat kepada arah aliran menurun semalam. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan di sana. Dalam senario penurunan pasangan mata wang GBP/USD semasa sesi Eropah dan ketiadaan kenaikan harga pada tahap 1.3034, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian sehingga sokongan seterusnya sekitar tahap 1.2976 dicapai - ini adalah tahap yang lebih dipercayai. Tetapi saya menasihati anda untuk membuka pesanan membeli di sana hanya apabila berlaku penembusan harga palsu. Anda boleh membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan semula harga daripada tahap 1.2914, atau lebih rendah lagi - daripada tahap minimum 1.2856, dengan mengandaikan pembetulan harga sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Trend penurunan harga mengawal pasaran sekali lagi dan kini sebahagian besarnya bergantung pada gelagat pasangan mata wang pada paras rendah tahunan. Kejatuhan pound mungkin berterusan pada bila-bila masa disebabkan oleh kemerosotan keadaan geopolitik di Ukraine, serta selepas statistik fundamental yang lemah untuk UK, yang agak banyak pada hari ini. Sasaran keutamaan penurunan harga untuk hari ini adalah pada tahap sokongan 1.3034, walau bagaimanapun, perlindungan tahap 1.3111 akan menjadi penting. Hanya pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.3111 akan membawa kepada isyarat awal untuk kemasukan pesanan menjual pound dengan prospek penurunan harga ke kawasan 1.3034. Penembusan harga dan ujian terbalik julat ini akan meningkatkan tekanan ke atas pound, yang akan meneruskan aliran menurun dan menawarkan satu lagi titik kemasukan pesanan menjual dengan jangkaan kejatuhan harga ke tahap minimum 1.2976. Situasi geopolitik yang lebih teruk akan membuka jalan untuk harga mencapai ke tahap 1.2914 dan 1.2856, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya berlaku pertumbuhan harga pada pasangan mata wang GBP/USD semasa sesi dagangan Eropah dan terdapat aktiviti penjualan yang lemah pada tahap 1.3111, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan cadangan membuka pesanan menjual ke tahap yang lebih besar 1.3190, daripada mana pasangan mata wang itu menurun semalam selepas data AS dikeluarkan. Saya juga menasihati anda untuk membuka pesanan menjual di sana sekiranya berlaku penembusan hagra palsu. Terdapat kemungkinan untuk menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta untuk lantunan semula harga daripada tahap 1.3244 atau lebih tinggi - daripada tahap maksimum 1.3275, dengan mengandaikan pembetulan menurun pasangan mata wang sebanyak 20-25 mata dalam masa sehari.

This image is no longer relevant

Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 1 Mac mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah pesanan membeli dan kemerosotan dalam pesanan menjual. Ini membawa kepada pengurangan nilai delta negatif kepada hampir sifar. Walau bagaimanapun, anda perlu memahami bahawa kini laporan sedemikian adalah bersifat sekunder, dan pasaran berubah hampir setiap hari, melonjak sebanyak 100-200 mata terhadap latar belakang konflik geopolitik yang berterusan yang telah menjejaskan hampir seluruh dunia. Kemungkinan besar, laporan minggu depan akan menunjukkan permintaan mendadak untuk pesanan menjual, jadi sebaiknya jangan melihat terlalu dekat pada angka semasa lagi. Tidak masuk akal untuk bercakap tentang apakah dasar Bank of England atau Sistem Rizab Persekutuan kerana, sekiranya konflik ketenteraan menjadi lebih teruk, ia tidak akan menjadi masalah sama sekali. Sekarang Rusia dan Ukraine telah duduk di meja rundingan, dan ia sebahagian besarnya akan bergantung kepada keputusan mesyuarat ini - akan ada banyak daripada mereka. Satu-satunya perkara yang jelas adalah inflasi yang tinggi di UK, yang akan memaksa Bank of England untuk bertindak lebih aktif. Memandangkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan sekatan balasan dari Rusia, adalah tidak mungkin pengawal selia akan menaikkan kadar faedah yang lebih ketara - dan ini mesti dilakukan, jika tidak, inflasi akan memakan bukan sahaja pendapatan penduduk yang ada tetapi juga secara mendadak mengurangkannya. Laporan COT pada 1 Mac menunjukkan bahawa pesanan membeli bukan komersial meningkat daripada paras 42,249 kepada paras 47,679, manakala pesanan menjual bukan komersial menurun daripada paras 48,058 kepada paras 48,016. Ini membawa kepada pengekalan nilai negatif pesanan bersih bukan komersial pada paras -337 berbanding -5,809. Penutupan harga mingguan turun kepada 1.3422 berbanding 1.3592.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa penjual telah kembali ke pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Sekiranya pasangan mata wang ini melemah, had bawah indikator di kawasan 1.3034 akan bertindak sebagai sokongan. Jika ia mengukuh, had atas indikator sekitar tahap 1.3175 akan berperanan sebagai rintangan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget