empty
30.11.2021 10:54 AM
Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 30 November, 2021

Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD

Terdapat beberapa titik kemasukan pasaran yang baik pada Isnin. Ujian pertama pada tahap harga 1.1271 berlaku pada permulaan sesi dagangan Eropah. Sewaktu mengemas kini tahap ini, indikator MACD baru sahaja memulakan pergerakan menurun dari paras sifar, yang mengesahkan titik kemasukan yang baik ke dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kejatuhan besar tidak berlaku, dan selepas turun sebanyak 10 pip, tekanan ke atas euro berkurangan. Kemudian, selepas menguji semula tahap harga 1.1271, isyarat untuk kemasukan pesanan membeli telah dijana. Apabila tahap ini dikemas kini, indikator MACD telah berada dalam zon terlebih jualan (oversold) untuk masa yang agak lama, yang memungkinkan ia untuk meningkat sebanyak kira-kira 20 pip.

This image is no longer relevant

Angka Isnin pada indikator keyakinan pengguna zon eropah mencatatkan bacaan yang bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi, sekalifus tidak menjejaskan mata wang Eropah dalam apa jua cara. Tetapi data pada indeks harga pengguna Jerman menyokong euro, kerana pengurangan tekanan inflasi ternyata kurang besar daripada jangkaan pakar.

Hari ini, kami sedang menunggu sejumlah besar laporan statistik: perhatikan laporan tentang perubahan dalam jumlah perbelanjaan pengguna dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Itali, serta KDNK Perancis dan indeks harga pengguna. Hanya perubahan positif yang sangat serius dalam laporan ini cenderung untuk mengukuhkan mata wang euro.

Apa yang lebih menarik ialah laporan mengenai kadar pengangguran Jerman, serta data mengenai indeks harga pengguna zon eropah. Peningkatan inflasi di zon eropah akan membawa kepada beberapa semakan kedudukannya pada langkah-langkah rangsangan oleh Bank Pusat Eropah - isyarat kenaikan harga untuk mata wang Eropah.

Sementara itu, indikator keyakinan pengguna AS dijangka menurun. Jika data mengecewakan pedagang, tekanan terhadap dolar AS akan menjadi lebih kuat. Ia juga akan menjadi sesuatu yang menarik untuk mendengar apa yang Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bakal katakan. Fed dijangka menggunakan dasar mengetatkan dan mula menyekat program pembelian bon dengan lebih agresif - isyarat kenaikan harga untuk dolar AS.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1333 (garis hijau pada carta) dengan mensasarkan pertumbuhan harga ke tahap 1.1374. Saya mengesyorkan pedagang untuk keluar dari pasaran pada tahap 1.1374 dengan keuntungan dan menjual euro serta-merta ke arah yang bertentangan (dengan menjangkakan pergerakan sebanyak 10-15 pip dalam arah yang bertentangan dari tahap). Anda boleh mengharapkan pertumbuhan selepas laporan statistik yang kukuh dilaporkan di Jerman, Perancis dan Itali, serta zon eropah, di mana inflasi mungkin menjadi lebih tinggi daripada ramalan.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli sekiranya pasangan mata wang ini mencapai tahap 1.1290, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1333 dan 1.1374.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1290 (garis merah pada carta). Sasarannya terletak pada tahap 1.1240, di mana saya mengesyorkan pedagang untuk meninggalkan pasaran dan membeli euro serta-merta dalam arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan sebanyak 10-15 pip dalam arah yang bertentangan dari tahap). Tekanan ke atas euro akan kembali sekiranya prestasi ekonomi melemah di zon Eropah, dan jika tekanan inflasi tahunan yang lebih rendah.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Euro juga boleh dijual jika harga mencapai tahap 1.1333, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1290 dan 1.1240.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Pilih carta masa
5
min
15
min
30
min
1
jam
4
jam
1
hari
1
minggu
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN

Artikel yang dicadangkan

USD/JPY: Petua Dagangan Ringkas kepada Pedagang Baharu pada 6 Mei. Semakan Dagangan Forex Semalam

Analisis Dagangan dan Petua Dagangan untuk Yen Jepun Ujian paras 144.02 berlaku ketika penunjuk MACD telah pun bergerak jauh melepasi paras sifar, yang menghadkan potensi kenaikan pasangan ini. Atas sebab

Jakub Novak 08:48 2025-05-06 UTC+2

GBP/USD: Petua Dagangan Ringkas kepada Pedagang Baharu pada 6 Mei. Semakan Dagangan Forex Semalam

Analisis Dagangan dan Petua Dagangan untuk Pound British Ujian paras 1.3308 pada separuh kedua hari semalam berlaku tepat apabila penunjuk MACD mula bergerak menurun dari garis sifar, sekali gus mengesahkan

Jakub Novak 08:48 2025-05-06 UTC+2

EUR/USD: Petua Dagangan Ringkas kepada Pedagang Baharu pada 6 Mei. Semakan Dagangan Forex Semalam

Analisis Dagangan dan Petua Dagangan untuk Euro Ujian paras 1.1329 pada separuh kedua dagangan semalam berlaku apabila penunjuk MACD telah pun berada jauh di bawah paras sifar, yang sekali

Jakub Novak 08:48 2025-05-06 UTC+2

Strategi Harian untuk Pedagang Baharu pada 6 Mei

Euro dan pound menunjukkan volatiliti tinggi pada awal minggu tetapi kekal terperangkap dalam saluran perdagangan. Walaupun dolar A.S. mengekalkan kelebihan, masih terlalu awal untuk membincangkan kesinambungan aliran menaik. Penurunan semalam

Miroslaw Bawulski 08:48 2025-05-06 UTC+2

USD/JPY: Tip Dagangan Ringkas untuk Pedagang Baharu pada 5 Mei (Sesi A.S.)

Ulasan Dagangan dan Tip untuk Berdagang Yen Jepun Ujian di tahap harga 143.81 semasa separuh pertama hari berlaku apabila penunjuk MACD sudah jatuh ketara di bawah tanda sifar, yang menghadkan

Jakub Novak 18:00 2025-05-05 UTC+2

GBPUSD: Tip Dagangan Ringkas untuk Pedagang Baharu pada 5 Mei (Sesi A.S.)

Ulasan Dagangan dan Tip untuk Berdagang Pound British Ujian tahap harga 1.3322 semasa separuh pertama hari berlaku apabila indikator MACD telah bergerak dengan ketara melebihi tanda sifar, yang mengehadkan potensi

Jakub Novak 17:57 2025-05-05 UTC+2

EUR/USD: Tip Ringkas Dagangan untuk Pedagang Baharu pada 5 Mei (Sesi U.S.)

Tinjauan Perdagangan dan Tip untuk Berdagang Euro Tahap yang ditetapkan tidak diuji pada separuh pertama hari. Dengan ketiadaan statistik fundamental penting, volatiliti EUR/USD adalah kurang memuaskan. Sekarang, semasa sesi A.S

Jakub Novak 17:55 2025-05-05 UTC+2

EUR/USD. Analisis dan Ramalan

Pasangan mata wang EUR/USD sedang mendapatkan semula momentum positif pada permulaan minggu baharu, meningkat ke arah tahap rintangan 1.1350 disebabkan oleh dolar AS yang lebih lemah. Walau bagaimanapun, penting untuk

Irina Yanina 17:27 2025-05-05 UTC+2

USD/JPY: Petua Dagangan Ringkas kepada Pedagang Baharu pada 2 Mei (Sesi Urusniaga Amerika Syarikat)

Analisis dan Nasihat Dagangan untuk Yen Jepun Ujian paras 145.05 berlaku apabila penunjuk MACD telah pun bergerak jauh di bawah paras sifar, yang mengehadkan potensi penurunan dolar. Atas sebab

Jakub Novak 12:24 2025-05-02 UTC+2

GBP/USD: Petua Dagangan Ringkas kepada Pedagang Baharu pada 2 Mei (Sesi Urusniaga Amerika Syarikat)

Analisis dan Nasihat Dagangan bagi Pound British Ujian paras 1.3294 pada separuh pertama hari berlaku apabila penunjuk MACD telah pun bergerak jauh di bawah paras sifar, yang mengehadkan potensi penurunan

Jakub Novak 12:19 2025-05-02 UTC+2
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget
 

Dear visitor,

Your IP address shows that you are currently located in the USA. If you are a resident of the United States, you are prohibited from using the services of InstaFintech Group including online trading, online transfers, deposit/withdrawal of funds, etc.

If you think you are seeing this message by mistake and your location is not the US, kindly proceed to the website. Otherwise, you must leave the website in order to comply with government restrictions.

Why does your IP address show your location as the USA?

  • - you are using a VPN provided by a hosting company based in the United States;
  • - your IP does not have proper WHOIS records;
  • - an error occurred in the WHOIS geolocation database.

Please confirm whether you are a US resident or not by clicking the relevant button below. If you choose the wrong option, being a US resident, you will not be able to open an account with InstaForex anyway.

We are sorry for any inconvenience caused by this message.