empty
 
 

31.05.201802:13:00UTC+00Harga Minyak Menurun Berikutan Pedagang Memberikan Tumpuan Keputusan Bekalan OPEC

Peningkatan semalaman itu datang walaupun prospek lonjakan bekalan dari OPEC dan Rusia, dan beberapa penganalisis melihat asas pasaran adalah menyokong harga.

Pasaran minyak mentah Brent jatuh sebanyak 19 sen dan diniagakan pada paras harga dagangan sebanyak $ 77.31 setong, selepas ditutup pada sesi terakhir kepada 2.8 peratus pada paras yang lebih tinggi. Minyak WTI Amerika Syarikat (AS) jatuh sebanyak 4 sen kepada paras harga dagangan sebanyak $ 68.17 setong. Pada sesi sebelumnya, urusniaga minyak mentah itu ditutup kepada $ 1.48 atau 2.2 peratus pada paras harga dagangan sebanyak $ 68.21 setong.

Stok simpanan global telah merosot secara meluas, tetapi inventori mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 1 juta tong dalam tempoh seminggu hingga 25 Mei kepada 434.9 juta tong, menurut data daripada kumpulan industri American Petroleum Institute (API). Angka itu mengatasi anggaran penganalisis untuk penurunan sebanyak 525, 000 tong. Data daripada EIA itu dijangka kemudian pada hari Khamis, satu hari kemudian dari jadual biasa disebabkan oleh cuti umum Amerika Syarikat (AS).

Rangsangan jumlah pengeluaran berpotensi oleh ahli OPEC dan bukan OPEC telah menjadi pusat perhatian pasaran. Arab Saudi, ketua kartel pengeluar de facto, dan Rusia, telah membincangkan mengenai peningkatan jumlah pengeluaran sekitar 1 juta tong sehari.

ANZ Bank berkata dalam catatan bahawa pasaran dagangan harga minyak dijangka terus menjadi sensitif kepada berita utama susulan daripada mesyuarat OPEC masih lagi berada dalam tempoh tiga minggu lagi sebelum bersidang.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget