empty
 
 

27.05.201820:27:00UTC+00Menteri Tenaga Rusia Berkata Pengeluaran Minyak Boleh Kembali Ke Tahap Bulan Oktober 2016

Menurut sumber, pada minggu ini, Arab Saudi dan Rusia sedang membincangkan untuk melonjakkan jumlah penegluaran minyak OPEC dan bukan OPEC untuk mengurangkan 17 bulan sekatan bekalan yang ketat di tengah-tengah kebimbangan bahawa peningkatan harga telah mengatasi batasnya.

Novak memberitahu media bahawa mereka telah memperluaskan perjanjian itu sehingga akhir tahun 2018 dan mereka bercakap tentang senario yang disebutkan. Tetapi beliau menambah bahawa keputusan akan dibuat pada bulan Jun, merujuk kepada pertemuan OPEC dan negara-negara bukan OPEC di Vienna yang bertarikh pada 22-23 Jun.

Perjanjian ini telah mula berlaku pada 1 Januari 2017, dan menjangkakan pengeluar minyak global menurunkan jumlah pengeluaran gabungan mereka sebanyak 1.8 juta bpd untuk mengurangkan inventori yang berlebihan dan untuk meningkatkan pasaran harga minyak.

Pengeluaran minyak Rusia mencecah puncak 30 tahun dengan sebnayak 11,247 juta barel pada bulan Oktober dan berjanji untuk mengurangkannya dengan sebanyak 300,000 bpd kepada 10.947 juta.

Pada bulan Mac dan April tahun ini, Rusia gagal mencapai pematuhan penuh perjanjian itu, dengan menghasilkan sebanyak 10.97 juta bpd, puncak 11 bulan.

Pasaran dagangan harga minyak telah meningkat kepada $ 80 setong, tahap yang tidak diperhatikan sejak akhir tahun 2014. Presiden Rusia Vladimir Putin pada hari Khamis mengatakan harga dagangan sebanyak $ 60 adalah sesuai untuk Rusia.

Novak juga telah memetik penyataan pada hari Sabtu bahawa beliau menjangkakan Iran akan menurunkan pengeluarannya dengan tidak lebih daripada 10 peratus hasil daripada tindakan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk meninggalkan perjanjian nuklear dan mengembalikan sekatan terhadap Tehran.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget