empty
 
 
30.03.2022 11:44 AM
Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 30 Mac

Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat untuk kemasukan pesanan membeli muncul selepas pasangan mata wang EUR/USD mencapai tahap 1.1002. Secara kebetulan, garis MACD mula bergerak di atas sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah meningkat kira-kira 15 pips. Beberapa ketika kemudian, ujian harga kedua pada tahap yang sama berlaku, tetapi kali ini pergerakan menaik adalah sekitar 40 pips dicatatkan.

Pesanan menjual pada tahap 1.1048 tidak membawa banyak keuntungan dan tiada isyarat pasaran lain untuk sepanjang hari.

This image is no longer relevant

Selera risiko kembali selepas berita muncul bahawa terdapat kemajuan dalam rundingan di Ukraine. Sementara itu, laporan semalam mengenai indeks iklim pengguna dan indeks harga import Jerman telah diabaikan oleh pasaran, manakala data mengenai keyakinan pengguna AS mendorong pembetulan pada pasangan mata wang EUR/USD kerana ia mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan telah membawa kepada peningkatan permintaan dolar AS semasa tengahari.

Beberapa laporan statistik penting mengenai zon Eropah dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, salah satunya ialah indeks harga pengguna Jerman untuk Mac tahun ini. Peningkatan mendadak dalam indikator mungkin akan mencetuskan kenaikan dalam euro kerana itu akan menjadi isyarat jelas kepada bank pusat tentang keperluan untuk tindakan yang lebih aktif dengan kadar faedah. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan laporan mengenai KDNK dan pasaran buruh, diikuti dengan ucapan daripada wakil Fed Esther George.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1123 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1183 (garis hijau lebih tebal pada carta). Kenaikan harga boleh dilakukan hari ini, terutamanya di tengah-tengah kemajuan dalam rundingan di Ukraine dan meredakan ketegangan politik. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya. Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1084, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1123 dan 1.1183.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1084 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0935. Walau bagaimanapun, tekanan tidak mungkin kembali dengan cepat, kecuali jika rundingan di Ukraine gagal lagi. Walau bagaimanapun, ebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Euro juga dapat dijual pada tahap 1.1123, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 1.1084 dan 1.1035.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget