empty
 
 
28.03.2022 11:34 AM
Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan GBP/USD pada 28 Mac

Analisis urus niaga dalam pasangan GBP/USD

Isyarat untuk menjual muncul selepas pasnagan mata wang GBP/USD mencecah 1.3203. Secara kebetulan, garis MACD terletak di bawah sifar, jadi pasangan itu jatuh lebih daripada 40 pip. Namun begitu, ia tidak mencapai tahap sasaran 1.3157. Tiada isyarat lain muncul sepanjang hari itu.

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD jatuh pada hari Jumaat ekoran daripada permintaan menurun di tengah-tengah penurunan dalam jumlah jualan runcit di UK. Pada masa yang sama, kenyataan yang dibuat oleh wakil Fed meningkatkan keinginan untuk dolar.

Gabenor Bank of England Andrew Bailey akan menyampaikan ucapan pada hari ini, dan berkemungkinan ia akan mengandungi petunjuk tentang masa depan dasar monetari, yang akan membawa kepada lonjakan yang serius dalam volatiliti, memberikan lebih tekanan kepada pasangan itu. Tetapi pada sebelah petang mungkin terdapat peningkatan kerana data AS mengenai imbangan perdagangan asing dan saham borong boleh melemahkan permintaan untuk dolar, dengan syarat angka itu lebih rendah daripada jangkaan.

Untuk kedudukan panjang (beli):

Beli pound apabila sebut harga mencapai 1.3151 (garisan hijau pada carta) dan ambil untung (TP) pada harga 1.3194 (garisan hijau lebih tebal pada carta). Walau bagaimanapun, adalah sedikit sukar untuk mencetuskan peningkatan pada hari ini kerana di hadapan adalah ucapan Bank of England, yang akan menjejaskan mood pasaran secara serius. Walau apa pun, semasa membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga mungkin untuk membeli pada 1.3126, bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jual kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.3151 dan 1.3194.

Untuk kedudukan pendek (jual):

Jual pound apabila sebut harga mencapai 1.3126 (garisan merah pada carta) dan ambil untung (TP) pada harga 1.3092. Tekanan berkemungkinan berterusan berikutan daripada prospek UK semakin suram setiap hari. Tetapi sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak ke bawah daripadanya. Pound juga boleh dijual pada 1.3151, bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih beli, kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.3126 dan 1.3092.

This image is no longer relevant

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis hijau nipis ialah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan beli dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di atas paras ini.

Garis merah nipis ialah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan jual dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah paras ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan zon terlebih beli dan terlebih jual.

Penting: Pedagang baru perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik yang ketara dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget