empty
 
 
11.01.2022 10:50 AM
Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 11 Januari
Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USDPasangan mata wang EUR/USD mencecah tahap 1.1325 sewaktu garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold). Ia mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang ini, oleh yang demikian, pedagang tidak boleh membuka pesanan menjual kerana ia boleh menyebabkan kerugian. Beberapa ketika selepas itu, pasangan mata wang ini telah mencapai tahap untuk kali kedua, tetapi isyarat pasaran menawarkan kemasukan pesanan membeli, jadi sebut harga meningkat sebanyak 20 pip. Pada kali ketiga, garis MACD berada di bawah sifar, yang membenarkan pedagang untuk membuka pesanan menjual. Ia telah mencetuskan penurunan sebanyak 40-pip pada pasangan mata wang ini.

This image is no longer relevant

Data pekerjaan yang kukuh di Itali dan zon Eropah, serta laporan keyakinan pelabur daripada Sentix, telah mendorong peningkatan pasangan mata wang EUR/USD. Selain itu, kenaikan dolar tidak boleh dikira semalam, jadi euro dilihat meneruskan kenaikan walaupun semasa sesi dagangan AS.

Kemungkinan besar, momentum kenaikan harga akan berterusan kerana laporan penjualan runcit di Itali dijangka akan mencatatkan kenaikan. Kenyataan daripada ahli ECB Joachim Nagel dan Christine Lagarde juga boleh membawa kepada lonjakan dalam volatiliti.

Pada sebelah petang, AS dijadualkan akan menerbitkan data ekonomi mengenai keyakinan perniagaan kecil, tetapi ia tidak menarik minat peserta pasaran. Pasaran akan memberi tumpuan sebaliknya kepada kenyataan ahli Fed Loretta Mester dan Esther George, serta Pengerusi Fed, Jerome Powell.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1348 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1375. Pertumbuhan mungkin berlaku selepas Bank Pusat Eropah mendedahkan keputusannya mengenai dasar monetari.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1335, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1348 dan 1.1375.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1335 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1306. Permintaan akan berkurangan jika ECB mengambil sikap lembut dalam dasar monetari.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1348, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1335 dan 1.1306.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget