empty
 
 
05.01.2022 09:01 AM
GBP/USD: Pelan dagangan sesi Eropah pada 5 Januari. Laporan COT. Kenaikan harga pound berhenti pada tahap 1.3550

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:

Setiap kali kenaikan harga aktif dan menghampiri tahap rintangan besar 1.3550, pasangan mata wang ini menghadapi masalah. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa kenaikan harga mengekalkan pasangan mata wang GBp/USD ini dalam saluran harga menaik pada awal tahun ini bercakap mengenai prospek yang baik untuk mengukuhkan lagi pasangan pada tahap tinggi baharu. Hari ini tiada statistik fundamental yang penting untuk UK, jadi saya mencadangkan semua penekanan ditumpukan kepada penembusan harga pada tahap 1.3550 dan melindungi tahap sokongan 1.3510.

Tugas utama kenaikkan harga untuk hari ini adalah untuk melindungi sokongan baharu yang terketak pada tahap 1.3510, tepat di bawahnya ialah Moving Averages (MA), memihak kepada kenaikkan harga. Tahap ini adalah sangat penting, kerana penembusannya boleh memaksa pedagang untuk mengambil keuntungan daripada tahap tinggi, yang akan membawa kepada pembentukkan tekanan ke atas pound dan menggerakkan dagangan ke saluran mendatar yang luas pada tahap 1.3431-1.3553. Membentuk penembusan harga palsu pada tahap 1.3510 akan menghasilkan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan prospek kesinambungan pasaran kenaikkan yang bertujuan untuk melepasi tahap 1.3553, yang tidak dapat dilakukan sama ada semalam atau pada akhir tahun lepas. Penembusan dan ujian harga pada tahap ini dari atas ke bawah akan menawarkan satu lagi titik kemasukan dan mengukuhkan kedudukan menaik untuk terus membina arah aliran menaik dan mengemaskini tahap tinggi: 1.3605 dan 1.3649. Tahap 1.3694 adalah sasaran yang selanjutnya, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pound jatuh semasa sesi dagangan Eropah dan kekurangan aktiviti pada tahap 1.3510, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian ke tahap 1.3471. Pembentukan penembusan harga palsu di sana akan menyediakan titik kemasukan pesanan, bergantung kepada pengekalan momentum kenaikan harga. Terdapat kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan semula harga daripada tahap 1.3431, atau lebih rendah lagi - daripada tahap rendah 1.3409, dengan mengandaikan pembetulan harga sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang GBP/USD, anda memerlukan:


Sekali lagi, penurunan harga gagal menawarkan apa-apa di bawah tahap 1.3553, yang mewujudkan masalah tertentu untuk pertumbuhan harga yang selanjutnya. Adalah sangat penting untuk melindungi tahap ini pada hari ini. Memandangkan tiada statistik penting untuk UK pada separuh pertama hari ini, hanya pembentukan penembusan harga palsu pada tahap ini akan mewujudkan titik kemasukan pertama untuk pesanan menjual, diikuti dengan penurunan harga ke tahap 1.3510, yang akan perlu diperjuangkan, kerana aliran menaik jelas tidak berhasrat untuk melepaskan aliran menaik pada awal tahun ini. Penembusan harga pada tahap 1.3510 dan ujian terbalik dari bawah ke atas akan meningkatkan tekanan ke atas pound dan membawanya turun ke tahap sokongan seterusnya pada 1.3471. Hanya penyatuan dan ujian terbalik 1.3471 dari bawah ke atas boleh menawarkan kemasukan pesanan baharu untuk mejual dengan prospek penurunan pasangan mata wang GBP/USD ke tahap 1.3431 dan 1.3409, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini mengukuh semasa sesi dagangan Eropah dan penurunan harga melemah pada tahap 1.3553, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan penjualan sehingga rintangan yang lebih tinggi pada dasar angka ke-36. Saya juga mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di sana hanya sekiranya berlaku penembusan harga palsu. Membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD serta-merta pada lantunan harga adalah mungkin daripada rintangan yang besar pada tahap 1.3649, atau lebih tinggi lagi - daripada tahap tinggi baharu pada 1.3694, dengan mengandaikan lantunan semula menurun pasangan mata wang GBP/USD sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Saya mencadangkan untuk semakan semula:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 21 Disember mendedahkan terdapat penurunan dalam kedua-dua pesanan menjual dan membeli. Bilangan pesanan membeli telah berkurangan dengan ketara, sekaligus telah meningkatkan nilai negatif delta. Pedagang telah pun menetapkan harga dalam mesyuarat Fed dan BoE. Bagaimanapun, pound sterling menurun dengan ketara selepas rali yang didorong oleh kenaikan kadar faedah. Hanya seminggu kemudian, dan kami belum mempunyai data ini lagi, mata wang British berjaya mengimbangi semula keseluruhan penurunan dan mencapai tahap tinggi Disember. Oleh itu, saya tidak mengesyorkan anda mengambil serius laporan semasa kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar dalam pasaran. Jika anda melihat gambaran keseluruhan, prospek mata wang British adalah cerah. Pedagang terus membuka pesanan membeli pound sterling berikutan keputusan Bank of England (BoE) untuk menaikkan kadar penanda aras. Pendirian pengawal selia yang lebih agresif tahun depan sudah tentu akan mengukuhkan aliran kenaikan harga untuk pasangan mata wang GBP/USD. Inflasi yang tinggi kekal sebagai sebab utama mengapa Bank of England mungkin menaikkan semula kadar faedah. Dolar AS juga mungkin mendapat momentum apabila Fed merancang untuk menaikkan kadar utama pada musim bunga tahun depan, yang menjadikan dolar AS sebagai aset yang lebih menarik. Laporan COT untuk 21 Disember menunjukkan bahawa bilangan pesanan membeli bukan komersial merosot sebanyak 20,824 daripada 29,497, manakala jumlah pesanan menjual bukan komersial menurun kepada 78,510 daripada 80,245. Ini membawa kepada peningkatan dalam pesanan bersih bukan komersial negatif kepada -57,686 daripada -50,748. Penutupan harga mingguan hampir tidak berubah: 1.3209 berbanding 1.3213 seminggu lebih awal.

Isyarat Indikator:

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pertumbuhan berterusan pound dalam jangka pendek.

Moving averages

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Sekiranya pasangan mata wang ini melemah, sempadan lebih rendah pada indikator 1.3490 akan bertindak sebagai sokongan. Jika pasangan mata wang berkembang, sempadan atas indikator pada tahap 1.3553 akan bertindak sebagai rintangan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Ia ditandakan dengan warna kuning pada carta.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Ia ditandakan dengan warna hijau pada carta.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan/Perbezaan - Moving Average Penumpuan/Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Pesanan membeli (Long) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Pesanan menjual (Shot) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang dibuka oleh pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan di antara pesanan menjual dan pesanan membeli di kalangan pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget