empty
 
 
25.11.2021 09:06 AM
GBP/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 25 November. Laporan COT. Jalan untuk pound terbuka ke kawasan angka ke-32

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Semalam terdapat banyak isyarat yang menguntungkan untuk memasuki pasaran. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk melihat carta 5 minit dan menyusun semua strategi dagangan. Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya memberi perhatian kepada tahap rintangan 1.3386 dan memberikan beberapa senario tentang cara untuk bertindak. Percubaan yang tidak berjaya untuk menutup di atas dan penembusan harga palsu pada tahap 1.3386 membawa kepada pembentukan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pound, selepas itu ia jatuh sebanyak 40 mata. Pada sebelah petang, pada ujian pertama harga pada tahap sokongan 1.3344, kenaikkan harga berjaya melindungi kawasan ini, yang mengakibatkan pembentukan penembusan harga palsu dan isyarat untuk pesanan membeli pound. Walau bagaimanapun, tiada pergerakan menaik yang besar terhadap arah aliran. Selepas meningkat sebanyak 15 mata, tekanan pada pound kembali dan pasangan mata wang mencapai tahap 1.3344. Ujian harga pada tahap ini dari bawah ke atas menyediakan titik kemasukan yang sangat baik untuk pesanan menjual, selepas itu, pasangan mata wang jatuh sebanyak 30 mata lagi.

This image is no longer relevant

Tiada statistik fundamental untuk UK pada hari ini dan kemungkinan besar kenaikan harga akan cuba mengambil kesempatan daripada ini dengan membentuk pembetulan menaik untuk pasangan mata wang GBP/USD. Ia sebahagian besar akan bergantung pada tingkah laku kenaikkan harga pada tahap 1.3357, di mana Moving Average (MA), memihak kepada penurunan harga, melepasi. Hanya penembusan harga pada kawasan ini dan ujian semula harga dari atas ke bawah akan membawa kepada pembentukan titik kemasukan yang baik untuk pesanan membeli dengan prospek pemulihan pound ke tahap tinggi 1.3396. Kenyataan Gabenor Bank of England (BoE), Andrew Bailey tidak mungkin akan memberikan kesan yang positif ke atas pasangan mata wang ini, walau bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda pengurangan yang lebih aktif dalam program pembelian bon, kenaikan harga cenderung untuk mencapai tahap 1.3396 dengan segera, mengambil jalan ke tahap tinggi seperti 1.3446, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pound jatuh semasa sesi dagangan Eropah, kenaikkan perlu cuba melindungi sokongan yang berada pada tahap 1.3316, terbentuk pada penghujung semalam. Hanya pilihan ini akan menghentikan aliran menurun. Pembentukan penembusan harga palsu di sana dengan latar belakang volum dagangan yang rendah sempena sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat membentuk titik kemasukan pesanan membeli untuk pasangan mata wang ini. Sekiranya pasangan EUR/USD jatuh dan kenaikan harga tidak aktif pada 1.3316, tekanan ke atas pound cenderung untuk meningkat dengan ketara. Dalam kes ini, saya menasihati anda untuk membuka pesanan membeli baharu hanya selepas penembusan harga palsu pada tahap 1.3264 berlaku. Anda boleh membuka pesanan pembelian pasangan mata wang GBP/USD serta-merta semasa lantunan harga dari tahap rendah 1.3227, atau lebih rendah lagi - dari tahap sokongan 1.3189, dengan mengandaikan pembetulan sebanyak 25-30 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Setakat ini, penurunan harga melakukan dengan sangat baik untuk setiap tugasan yang ditetapkan sebelum ini, mengemas kini tahap rendah harian - ini akan mengekalkan arah aliran menurun untuk pasangan mata wang, tidak membenarkan kenaikan harga untuk menawarkan apa-apa sebagai balasan. Pilihan terbaik untuk pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD hari ini adalah untuk membentuk penembusan harga palsu pada tahap 1.3357, di mana Moving Average (MA), memihak kepada penurunan harga, dilepasi. Ini akan membawa kepada pembentukan titik kemasukan baharu untuk pesanan menjual dengan penurunan seterusnya ke tahap rendah mingguan pada 1.3316. Ia sebahagian besarnya akan bergantung pada tahap ini pada hari ini, kerana di sana aliran menaik akan cuba sedaya upaya untuk melindunginya. Penembusan harga pada julat ini, bersama-sama dengan ujian terbalik dari bawah ke atas, semua ini membentuk isyarat lain untuk membuka pesanan menjual baharu dengan sasaran penurunan harga ke tahap rendah: 1.3264 dan 1.3227, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sasaran seterusnya terletak pada tahap 1.3189. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa hari ini adalah cuti umum di Amerika Syarikat sempena sambutan Hari Kesyukuran, dan volatiliti pasaran boleh menjadi agak rendah disebabkan penutupan beberapa bursa AS. Sekiranya pasangan mata wang itu berkembang semasa sesi Eropah dan aktiviti penurunan adalah lemah pada tahap 1.3357, dan terdapat kemungkinan kenaikan harga akan mengambil kesempatan daripada kekurangan statistik asas dan volum dagangan yang rendah, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan penjualan ke tahap yang lebih besar, tahap rintangan pada 1.3396. Saya menasihatkan anda untuk membuka pesanan menual serta-merta pada lantunan harga dari tahap 1.3446, atau lebih tinggi lagi - dari tahap tinggi baharu 1.3494, dengan mengandaikan lantunan menurun pasangan mata wang sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Saya mencadangkan untuk semakan semula:

Laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 16 November mendedahkan bahawa pesanan menjual telah meningkat secara mendadak dan penurunan pada pesanan membeli, yang membawa kepada peningkatan dalam delta negatif. Data yang baik mengenai pemulihan pasaran buruh UK, tekanan inflasi yang meningkat dan jualan runcit yang lebih tinggi - semua ini menyelamatkan pound British minggu lepas dan memberi peluang kepada pasangan mata wang ini untuk terus meningkat. Walau bagaimanapun, keadaan bertambah buruk dengan situasi coronavirus di bahagian Eropah di benua itu dan kenyataan wakil Bank of England bahawa tiada siapa yang akan tergesa-gesa mengubah haluan dasar monetari dalam keadaan semasa - semua ini dengan cepat mengembalikan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD menjelang akhir minggu. Perkara penting ialah isu yang tidak dapat diselesaikan di sekitar protokol di Ireland Utara, di mana pihak berkuasa UK merancang untuk menangguhkan dalam masa terdekat. Untuk ini, Kesatuan Eropah sedang bersedia untuk memperkenalkan langkah balas tertentu - yang tidak menambah keyakinan kepada kenaikan mata wang pound British. Pada masa yang sama, di Amerika Syarikat, kita menyaksikan kenaikan inflasi dan peningkatan perbincangan mengenai keperluan untuk kenaikan kadar faedah lebih awal tahun depan, yang memberikan sokongan ketara kepada dolar AS. Walau bagaimanapun, saya mengesyorkan kepada para pedagang agar berpegang pada strategi pembelian pasangan mata wang GBP/USD ini sekiranya berlaku penurunan harga yang sangat besar, yang akan berlaku dengan berlatar belakangkan ketidaktentuan dalam dasar bank pusat. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan membeli bukan komersial merosot daripada 54,004 kepada 50,443, manakala bukan komersial pendek meningkat daripada 66,097 kepada 82,042. Ini membawa kepada peningkatan dalam kedudukan bersih bukan komersial negatif: delta ialah -31 599 berbanding -12,093 berbanding minggu sebelumnya. Harga penutup mingguan jatuh ekoran dasar Bank of England daripada 1.3563 kepada 1.3410.

Isyarat indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di bawah Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan trend penurunan harga.

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Penembusan harga pada sempadan atas di kawasan 1.3360 akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baharu pada pound. Penembusan harga pada sempadan bawah indikator pada tahap 1.3316 akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang pound.

Huraian indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek dan panjang pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget