empty
 
 
25.11.2021 08:11 AM
Dolar AS lebih cenderung untuk diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang euro

Dolar diniagakan kukuh berbanding aset berisiko lain pada Rabu, kenaikan ini didorong oleh laporan positif mengenai ekonomi Amerika Syarikat (AS).

This image is no longer relevant

Sebab lain ialah kenyataan ahli lembaga eksekutif ECB, Fabio Panetta yang lebih "dovish", yang membayangkan bahawa bank pusat mungkin akan mengekalkan dasar monetari yang sangat lembut untuk masa hadapan. Panetta menegaskan bahawa 80% daripada inflasi utama semasa mencerminkan kejutan dari luar negara kerana zon eropah adalah pengimport bersih sumber tenaga dan barangan. Beliau juga menyatakan bahawa risiko inflasi adalah keterlaluan kerana rantau ini ketinggalan daripada pemulihan permintaan global.

Secara keseluruhannya, Panetta tidak segan untuk menggambarkan inflasi, dengan menyatakan bahawa ia boleh menjadi "lebih buruk" sekiranya jangkaan dilonggarkan dan gaji tidak stabil. Dan seperti wakil bank pusat lain, beliau menekankan pasaran buruh dan berkata tempoh harga inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa pembelian, yang kemudiannya akan menjejaskan pemulihan ekonomi. Ia juga boleh membawa kepada situasi di mana lebih banyak pelonggaran kewangan diperlukan. Senario yang ideal ialah inflasi "baik", ditandai dengan permintaan tinggi dan pekerjaan tinggi, menurut Panetta

Tidak mengejutkan, sebilangan ebsar pakar juga menyatakan kebimbangan bahawa inflasi semasa boleh menolak ekonomi lebih jauh daripada penggunaan kapasiti penuh. Jika ini berlaku, bank pusat benar-benar perlu mengurangkan rangsangan. Walau bagaimanapun, Bank Pusat Eropah berkata tidak perlu risau tentang kadar inflasi hanya bersifat semasa walaupun ia sudah melebihi 4.0%.

This image is no longer relevant

Ini membayangkan bahawa ECB tidak berniat untuk mengetatkan dasar monetari lebih awal daripada yang dijadualkan, walaupun terdapat lonjakan inflasi. Mungkin, mereka bimbang melakukannya dengan lebih awal akan menjejaskan ekonomi zon eropah dan menghalang permintaan domestik.

Di Amerika Syarikat, data yang disemak semula pada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-3 mencatakan bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan, merekodkan bacaan pada 2.1% dan bukannya 2.2%. Ini menunjukkan bahawa terdapat kelembapan, terutamanya berbanding lonjakan mendadak sebanyak 6.7% pada suku kedua.

This image is no longer relevant

Dari sudut positif, data mengenai perbelanjaan dan pelaburan pengguna telah disemak semula menaik, dan perbelanjaan kerajaan negeri dan tempatan ternyata lebih besar. Tetapi kesemuanya telah diimbangi oleh semakan eksport yang menurun, serta pemotongan dalam perbelanjaan kerajaan persekutuan.

Tuntutan pengangguran AS juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih 50 tahun, yang merupakan petanda yang sangat baik untuk Rizab Persekutuan. Ia turun kepada 199,000, daripada 270,000 pada minggu sebelumnya. The Economists menjangkakan angka itu akan jatuh kepada 260,000.

This image is no longer relevant

Perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan juga meningkat pada bulan lepas, dengan keuntungan terbesar dilihat dalam tempahan peralatan perniagaan. Tetapi disebabkan oleh permintaan yang tinggi, tekanan tambahan dilihat pada rantaian bekalan, yang sudah tidak menangani tugas yang diberikan kepada mereka kerana gangguan. Ini telah membawa kepada lonjakan inflasi, yang menjejaskan sentimen pengguna secara negatif. Peningkatan baru-baru ini dalam kes jangkitan COVID-19 juga cenderung untuk mengurangkan aktiviti.

Nasib baik, pendapatan peribadi telah meningkat 0.5% walaupun bantuan kerajaan dipotong. Simpanan peribadi juga jatuh kepada 7.3%, yang membayangkan bahawa perbelanjaan isi rumah berkemungkinan meningkat terutamanya semasa tempoh cuti. Jika diselaraskan untuk inflasi, perbelanjaan untuk barangan meningkat 1% bulan lepas, manakala perbelanjaan untuk perkhidmatan meningkat 0.5%.

This image is no longer relevant

Namun di sebalik data yang baik, sentimen pengguna jatuh ke tahap rendah sepuluh tahun pada bulan November, yang mana kemerosotan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh harga yang lebih tinggi yang menghalang kuasa pembelian. Indeks itu dilaporkan turun kepada 67.4 mata, berbanding 71.7 mata pada Oktober.

Responden yang ditemu bual berkata mereka menjangkakan inflasi akan meningkat sebanyak 3% dalam tempoh 5-10 tahun akan datang, sedikit melebihi angka awal. Oleh itu, mereka menjangkakan harga akan meningkat 4.9% pada tahun depan, paras tertinggi sejak 2008.

Pemulihan dalam pasaran buruh membantu mengurangkan kejatuhan indeks, oleh yang demikian pengguna tidak terlalu bimbang. Ramai pakar juga berkata mereka meramalkan perbelanjaan peribadi akan meningkat dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.

This image is no longer relevant

Bercakap mengenai pasangan mata wang EUR/USD, ia sebahagian besarnya bergantung pada tahap 1.1185 kerana penembusan harga pada tahap ini boleh membawa kepada kejatuhan yang lebih dalam ke pangkal angka ke-11 dan ke 1.1035. Sementara itu, kenaikan di atas tahap tersebut cenderung untuk mendorong pertumbuhan kepada 1.1250, dan kemudian diikuti ke tahap 1.1320 dan 1.1380.

Untuk pasangan mata wang GBP/USD, sebahagian besarnya akan bergantung pada tahap 1.3345 kerana penurunan harga di bawah tahap ini akan mendorong penurunan yang selanjutnya ke bahagian bawah angka ke-33 dan ke 1.3255. Sementara itu, kenaikan harga di atas tahap 1.3385 akan membuka peluang untuk pasangan mata wang ini mencapai tahap 1.3440 dan 1.3505.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget