empty
 
 
09.09.2021 11:17 AM
Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 9 September 2021

This image is no longer relevant

Berikut adalah butiran kalendar ekonomi untuk 8 September:

Bilangan kekosongan jawatan di pasaran buruh JOLTS AS telah dikeluarkan semalam, di mana ia telah mencatatkan kenaikan dari 10.185 ribu kepada 10.934 ribu pada bulan Julai, menewaskan ramalan yang mengunjurkan penurunan.

Pasaran segera bertindak balas, dan dolar AS terus mengukuhkan kedudukannya.

*Jumlah kekosongan jawatan di pasaran pekerjaan JOLTS adalah laporan bulanan mengenai kekosongan terbuka di sektor runcit, pembuatan, dan pejabat Amerika Syarikat. Laporan ini disediakan oleh Biro Statistik Tenaga Kerja AS, yang dibuat berdasarkan kepada tinjauan pengusaha.

Analisis carta dagangan 8 September:

EURUSD: Lantunan harga dari kawasan rintangan 1.1880/1.1905 mengembalikan harga ke tahap 1.1800. Ini menandakan berakhirnya pembetulan harga dari 20 Ogos hingga 3 September. Pada masa ini, pedagang berdagang berdasarkan kepada pemulihan jumlah kedudukan dolar.

Pada hari keempat, pelan dagangan kami menunjukkan kelebihan pesanan menjual. Ini telah menghasilkan potensi keuntungan lebih dari 50 mata.

This image is no longer relevant

Semasa pergerakan pemulihan dari tahap rintangan 1.3880, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat menghampiri tahap rendah 1 September pada tahap 1.3730, di mana terdapat sedikit stagnasi. Dalam keadaan ini, kitaran menurun dari tahap 1.3800 masih relevan di kalangan pedagang. Ini disebabkan oleh fakta bahawa terdapat tren menurun di pasaran sejak awal bulan Jun.

Cadangan dagangan seawal 3 September menunjukkan kelebihan pada pasaran menjual. Oleh itu, pelan dagangan menganalisis pesanan menjual pound hari demi hari.

Pesanan menjual atau "Short' bermaksud posisi untuk menjual dengan jangkaan penurunan nilai aset.

* Tahap rintangan adalah tahap harga yang disebut sebagai tahap harga, dari mana harga boleh menurun atau menghentikan pergerakan menaik. Prinsip membina tahap ini adalah untuk mengurangkan titik stop price pada sejarah carta, di mana pembalikan harga di pasaran telah berlaku lebih awal.

This image is no longer relevant

Kalendar ekonomi 9 September:

Hari ini, perhatian semua orang tertumpu pada hasil pertemuan Bank Pusat Eropah (ECB), di mana parameter dasar monetari berkemungkinan besar tidak akan berubah. Walau bagaimanapun, pelabur berharap pengawal selia akan bertindak balas terhadap pertumbuhan inflasi yang ketara, dan masih mengumumkan rancangan untuk mengetatkan dasar monetari. Sekiranya ini berlaku, dolar AS akan berada di bawah tekanan penjualan yang kuat.

Sekiranya ECB, seperti sebelumnya, tidak melakukan apa-apa, ia akan menguntungkan dolar AS.

Hasil mesyuarat ECB - 11:45 Waktu universal

Sidang media ECB - 12:30 Waktu universal

Dalam keadaan ini, pedagang tidak akan tertarik dengan hasil pertemuan, tetapi pada sidang media berikutnya, di mana kemungkinan terdapat spekulasi harga.

Bersama-sama dengan sidang media, Amerika Syarikat dijadualkan akan menerbitkan data mingguan mengenai faedah pengangguran, di mana ia diramalkan akan mencatatkan bacaan sedikit menurun. Data ini berkemungkinan akan diabaikan kerana waktu penerbitan laporan adalah sama dengan sidang media.

Perincian statistik:

Jumlah permohonan awal untuk faedah pengangguran mungkin turun dari 355 ribu kepada 335 ribu.

Jumlah permohonan berulang untuk faedah pengangguran mungkin turun dari 2 748 ribu kepada 2 744 ribu.

* Spekulasi harga adalah perubahan harga yang ketara dalam jangka waktu yang singkat. Ia sering berlaku ketika maklumat yang tidak dijangka untuk pasaran.

* Permohonan faedah pengangguran mencerminkan jumlah warganegara yang kini tidak bekerja dan mereka yang menerima faedah pengangguran. Indikator ini dianggap sebagai keadaan pasaran buruh, di mana pertumbuhan indikator tersebut memberi kesan negatif terhadap tahap penggunaan dan pertumbuhan ekonomi. Pengurangan permohonan faedah akan memberikan kesan positif kepada pasaran buruh.

Oleh itu, penurunan jumlah permohonan faedah boleh menyebabkan pengukuhan mata wang negara - dolar AS.

Pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 9 September:

Pergerakan menurun masih relevan di kalangan peserta pasaran. Untuk memastikan pertumbuhan jumlah pesanan menjual* berlaku, sebut harga mesti berada di bawah nilai 1.1800. Dalam kes ini, pergerakan ke arah tahap 1.1740-1.1700 adalah diramalkan. Perlu dipertimbangkan bahawa pertemuan ECB dengan tahap kebarangkalian yang tinggi akan menimbulkan spekulasi di pasaran, maka bersiap sedia untuk lonjakan harga yang ketara. Melihat kepada keadaan semasa, kita dapat mempertimbangkan pergerakan menaik dari tahap 1.1835 menuju ke tahap 1.1855.

This image is no longer relevant

Pelan dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 9 September:

Zon harga 1.3730/1.3750 memberikan kesan negatif kepada pesanan menjual dalam bentuk pengurangannya. Pada masa yang sama, kecenderung penurunan harga masih relevan di pasaran. Untuk meneruskan aliran menurun, harga mesti berada di bawah tahap 1.3730. Dalam kes ini, ia akan membuka jalan untuk harga menuju ke tahapt 1.3680-1.3610.

Senario alternatif pengembangan pasaran akan menjadi relevan sekiranya harga melambung dari kawasan 1.3730/1.3750. Ini boleh menyebabkan pergerakan sementara menuju ke tahap 1.3800.

Pesanan menjual atau "Short' bermaksud posisi untuk menjual.

This image is no longer relevant

Apakah yang digambarkan dalam carta dagangan?

Paparan pada carta graf lilin adalah segi empat tepat grafik cahaya putih dan hitam, dengan stick di atas dan bawah. Semasa menganalisis setiap graf lilin secara terperinci, anda akan melihat ciri-ciri jangka masa relatifnya: harga pembukaan, harga penutupan, harga maksimum dan minimum.

Tahap mendatar adalah koordinat harga, yang berkaitan dengan pemberhentian atau pembalikan harga yang mungkin berlaku. Tahap ini disebut sokongan dan rintangan di pasaran.

Lingkaran dan segi empat tepat diserlahkan contoh di mana cerita harga bermula. Pemilihan warna ini menunjukkan garis mendatar yang mungkin memberi tekanan kepada sebut harga di masa depan.

Anak panah atas/bawah adalah titik rujukan arah pergerakan yang berkemungkinan pada masa akan datang.

Perkara yang perlu diingat:

Peraturan Emas: Anda perlu mengetahui risiko yang bakal anda hadapi sebelum mula berdagang dengan wang sebenar. Mempelajari ilmu dagangan adalah sangat penting bagi pedagang baru kerana pasaran akan ada pada hari esok, minggu depan, tahun depan dan seterusnya.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget