empty
 
 
02.09.2021 08:56 AM
Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 2 September, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Terdapat isyarat untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu, walau bagaimanapun isyarat ini harus diabaikan kerana ia muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Oleh itu, pasangan mata wang ini menurun sebanyak 18 pips di tengah-tengah tekanan daripada pedagang aliran menurun.

Data UK yang dikeluarkan semalam langsung tidak mempengaruhi pasaran dengan cara apa sekali pun kerana ia bertentangan dengan ramalan. Sebaliknya, laporan pekerjaan dari Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan dolar AS, sekaligus mendorong kepada pertumbuhan pasangan mata wang GBP/USD.

Hari ini, dijadualkan akan terdapat laporan mengenai tuntutan pengangguran AS dan imbangan dagangan asing, yang cenderung untuk menyebabkan kejatuhan harga lebih rendah pada pasangan mata wang ini sekiranya data tersebut merekodkan bacaan yang melebihi ramalan. Tetapi jika ia merekodkan bacaan lemah, pound berpotensi untuk mengukuh semula.

This image is no longer relevant

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.3782 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3829 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang ini cenderung untuk meneruskan tren menaik yang diperhatikan semalam. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3761 dan 1.3704, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) untuk mendorong kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.3782 dan 1.3829.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.3761 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3704. Penurunan harga hanya akan berlaku jika AS mengeluarkan data pekerjaan yang sangat lemah, kerana ia akan memaksa Sistem Rizab Persekutuan untuk mematuhi langkah tunggu dan lihat ke atas dasar monetari. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3782 dan 1.3829, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3761 dan 1.3704.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urus niaga harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget