empty
 
 
27.08.2021 08:08 AM
Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Ogos, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Terdapat isyarat untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD di sebelah pagi, walau bagaimanapun para pedagang harus mengabaikannya kerana isyarat ini muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought). Ini mengakibatkan kejatuhan euro sebanyak 20 pip lagi, yang pada gilirannya, menjadi isyarat untuk kemasukan pesanan menjual di pasaran. Tetapi kerana indikator MACD berada jauh dari sifar, pasangan mata wang ini memperlihatkan kejatuhan yang terlalu besar. Pasaran kemudiannya telah menerima satu lagi isyarat lain untuk kemasukan pesanan membeli, tetapi ia juga tidak menghasilkan pergerakan harga yang besar.

Jelas sekali, minit mesyuarat ECB pada bulan Julai dan data mengenai penawaran wang dan pinjaman tidak banyak mempengaruhi pasaran.

Dan pada hari ini, oleh kerana ketiadaan laporan statistik makro penting yang dijadualkan akan dikeluarkan, pasaran berkemungkinan besar akan kekal tenang pada sebelah pagi. Namun menjelang dagangan di sebelah petang, Pengerusi Fed, Jerome Powell akan menyampaikan ucapan, yang akan menentukan arah pergerakan harga selanjutnya untuk pasangan mata wang EUR/USD. Data mengenai indeks harga import Jerman dan pendapatan AS berkemungkinan besar akan diabaikan oleh peserta pasaran.

This image is no longer relevant

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1770 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1800 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang EUR/USD akan diniagakan menaik sekiranya Rizab Persekutuan (Fed) tidak mengisyaratkan perubahan dasar di masa hadapan. dalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Adalah mungkin untuk membeli euro pada tahap 1.1750 dan 1.1708, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan beralih ke tahap 1.1770 dan 1.1800.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual euro setelah harga mencapai tahap 1.1750 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1708. Penurunan harga akan berlaku sekiranya AS mengeluarkan laporan ekonomi yang kuat dan sekiranya Fed menunjukkan kemungkinan perubahan dalam dasar monetarinya. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Adalah mungkin untuk menjual euro pada tahap 1.1770 dan 1.1800, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1750.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urusniaga harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget