Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Terdapat isyarat untuk membuka pesanan membeli di pasaran semalam, namun tidak membawa keuntungan kerana tidak ada pergerakan harga yang ketara pada pasangan mata wang EUR/USD. Sebenarnya, setelah meningkat sebanyak 7 pips, pasangan mata wang ini diterbalikan dan menurun lagi. Kemungkinan besar data yang lemah dalam aktiviti pembuatan, yang merekodkan bacaan jauh lebih buruk daripada yang diramalkan telah menyumbang kepada kejatuhan pasangan mata wang ini.
Hari ini, laporan mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) EU akan dikeluarkan, dan kemungkinan besar akan mencetuskan pembetulan menaik dengan syarat angka tersebut melebihi bacaan ramalan. Kemudian, pada sebelah petang, pertumbuhan mungkin berterusan jika data perdagangan runcit AS ternyata lebih buruk daripada yang diramalkan. Tetapi yang paling penting adalah kenyataan dari Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell kerana jika beliau tidak mengisyaratkan perubahan dasar, pasangan mata wang EUR/USD akan melanjutkan pertumbuhan ke tahap yang lebih tinggi.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 1.1777 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1803. Pasangan mata wang EUR/USD akan naik lebih tinggi jika zon Eropah menerbitkan laporan ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.
Adalah mungkin untuk membeli pound pada tahap 1.1763 dan 1.1741, tetapi garis indikator MACD harus berada di kawasan terlebih jualan (oversold) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1777 dan 1.1803.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 1.1763 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1741. Penurunan harga akan berlaku sekiranya data KDNK mencatatkan bacaan lemah, yang akan mendorong jangkaan untuk pengurangan awal. Adalah diingatkan bahawa sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.
Adalah mungkin untuk menjual pound pada tahap 1.1777 dan 1.1803, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk mendorong pembalikan pasaran ke tahap 1.1763.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urusniaga harian.
Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD
Beberapa indikator menunjukkan kenaikan harga, oleh yang demikian, adalah ideal untuk membuka pesanan membeli di pasaran semalam. Sebagai contoh, garis MACD berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) di sebelah pagi, yang membolehkan pedagang membuka pesanan membeli dan mempovokasi lonjakan besar. Kemudian, selepas itu, indikator menaik dari sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD meningkat lagi, namun pergerakan harga adalah lebih kecil.
Hari ini, laporan mengenai pekerjaan UK dijadualkan akan dikeluarkan, tetapi tidak mungkin akan membantu pound meneruskan demonstrasi. Walaupun angka laporan itu mencatatkan bacaan yang lebih baik dari yang dijangkakan, angka pengangguran sebenar akan tetap tersembunyi kerana langkah sokongan yang diberikan oleh pihak berkuasa. Tetapi pada sebelah petang, terdapat kemungkinan pasangan mata wang ini meningkat semula kerana data perdagangan runcit AS yang lemah akan menjejaskan permintaan dolar AS. Kenyataan dari Pengerusi Fed, Jerome Powell juga penting kerana jika beliau tidak mengisyaratkan perubahan dasar, kemungkinan besar dolar AS akan jatuh lebih rendah.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3831 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3872 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD ini akan diniagakan lebih tinggi jika UK melaporkan keadaan pasaran buruh yang positif. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.
Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.3812 dan 1.3781, tetapi garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold) untuk mendorong kepada pembalikan pasaran ke tahap 1.3831 dan 1.3872.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3812 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3781. Penurunan harga akan berlaku sekiranya UK menerbitkan indikator pasaran buruh yang buruk dan jika Fed mengisyaratkan kemungkinan pengurangan awal. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.
Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual pada tahap 1.3831 dan 1.3872, tetapi garis MACD harus berada di kawasan terlebih belian (overbought) untuk memacu pembalikan pasaran ke tahap 1.3812 dan 1.3781.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang urus niaga harian.