empty
 
 
07.07.2021 12:38 PM
Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 7 Julai, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Beberapa isyarat pasaran telah muncul pada hari Selasa, tetapi kebanyakannya palsu kerana ia datang ketika garis MACD tidak berada di kawasan yang baik. Isyarat pembelian muncul ketika indikator berada di kawasan terlebih belian (overbought), sementara isyarat penjualan muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold). Walau bagaimanapun, di sebelah petang, satu isyarat penjualan muncul bertepatan dengan waktu MACD berada pada sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang GBP/USD menurun sekitar 60 pips. Oleh itu, pasangan mata wang ini telah mencapai tahap sasaran yang terletak pada 1.3791.

This image is no longer relevant

Cadangan perdagangan untuk 7 Julai

Pound terus merosot pada hari Selasa walaupun terdapat data PMI yang kuat yang dikeluarkan di UK. Dan kemungkinan besar, pergerakan menurun ini akan berterusan sekiranya laporan harga rumah yang akan datang ternyata mencatatkan bacaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Minit mesyuarat pertemuan Fed pada Jun yang akan dikeluarkan yang juga cenderung untuk menambahkan tekanan ke atas pasangan mata wang GBP/USD, kerana petunjuk untuk perubahan dasar akan meningkatkan permintaan untuk dolar.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3822 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3895 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Adalah lebih sukar untuk mengharapkan kenaikan pasangan mata wang GBP/USD melihat kepada penurunan yang ketara semalam. Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3783 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3715. Pasangan mata wang GBP/USD akan berada di bawah tekanan jika Rizab Persekutuan mengisyaratkan perubahan dasar di masa hadapan, kerana itu akan meningkatkan permintaan untuk dolar. Tetapi sebelum menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget