Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD
Beberapa isyarat pasaran muncul pada hari Jumaat, tetapi semuanya benar-benar palsu. Semua isyarat penjualan muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), sementara isyarat pembelian muncul ketika indikator berada di kawasan terlebih belian (overbought). Mengabaikan kesemua isyarat ini adalah langkah yang betul.
Cadangan perdagangan untuk 5 Julai
Perhatikan ucapan Presiden ECB, Christine Lagarde yang akan datang, serta data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) perkhidmatan dari zon Eropah. Kedua-duanya akan memberi kesan yang signifikan terhadap pasaran dan akan memacu kepada arah pergerakan pasangan mata wang EUR/USD. Walau bagaimanapun pertumbuhan harga berkemungkinan akan terhad kerana Amerika Syarikat (AS) sedang merayakan "Hari Kemerdekaan". Semua pasaran ditutup pada hari ini.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1870 (garis hijau pada carta), dan dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1911. Pasangan mata wang EUR/USD akan meningkat sekiranya Jerman merekodkan prestasi yang baik dalam sektor perkhidmatan. Tetapi sebelum membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik daripadanya.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1845 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1803. Penurunan selanjutnya akan berlaku sekiranya aktiviti di Zon Eropah mencatatkan bacaan perlahan. Tetapi sebelum menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.
Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.
Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.
Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.
Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.
Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD
Beberapa isyarat pasaran muncul pada hari Jumaat, tetapi kesemuanya ternyata palsu. Semua isyarat penjualan muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), sementara isyarat pembelian pula muncul ketika indikator berada di kawasan terlebih belian (overbought). Mengabaikan kesemua isyarat ini adalah langkah yang paling tepat.
Cadangan perdagangan untuk 5 Julai
Sila perhatikan laporan yang dijadualkan akan dikeluarkan oleh UK kerana laporan tersebut pasti akan memberi impak yang besar ke atas pasaran. Sebagai contoh, data yang kuat mengenai PMI akan mendorong epada kenaikan pound, sementara angka yang lebih rendah daripada yang dijangkakan akan menyebabkan penurunan yang selanjutnya bagi pasangan mata wang GBP/USD. Walau bagaimanapun, pertumbuhan harga mungkin terhad kerana AS sedang merayakan "Hari Kemerdekaan". Semua pasaran ditutup sempena cuti umum ini.
Untuk pesanan membeli:
Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3848 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3919 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku sekiranya UK mengeluarkan data PMI yang positif. Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula naik darinya.
Untuk pesanan menjual:
Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3810 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3739. Pasangan mata wang GBP/USD akan mengalami tekanan sekiranya aktiviti ekonomi di UK memperlahan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.
Apa yang terdapat pada carta:
Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.
Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.
Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.