empty
 
 
25.06.2020 12:49 PM
Pasangan mata wang EUR / USD: Perang perdagangan secara besar-besaran antara AS dan dunia mengambil laluan baru. Kebimbangan terhadap penularan wabak kedua coronavirus semakin meningkat.

Euro sekali lagi mengalami penurunan disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama adalah, meningkatnya kebimbangan terhadap penularan kedua wabak coronavirus, yang muncul setelah jangkitan baru melonjak ketika sempadan di EU dibuka. Kedua, adalah masalah yang semakin meningkat antara AS dan China, berikutan daripada AS meningkatkan ancaman perdagangan mereka dengan China. Dan ketiga, adalah ramalan pesimis Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengatakan bahawa tinjauan pemulihan ekonomi global lemah.

This image is no longer relevant

Tinjauan euro menjadi kurang jelas kerana kemungkinan besar penularan kedua wabak jangkitan di EU, serta harapan yang semakin pudar untuk rancangan pemulihan EU. Trend kenaikkan aset berisiko mungkin berhenti tidak lama lagi dan pertumbuhan hanya dapat disambung semula sekiranya negara-negara EU mengambil tindakan tegas dan agresif seperti tindak balas fiskal bersama terhadap coronavirus.

Berkenaan dengan hubungan antara Amerika Syarikat dan China, keadaan semakin bertambah buruk, susulan daripada AS secara terus menuduh China dalam beberapa isu. Menurut Penasihat Keselamatan Nasional Robert O'Brien, tuduhan terhadap China berkaitan dengan usaha untuk menjatuhkan kedaulatan dan ekonomi Amerika Syarikat, serta rakan-rakannya. Beliau mengatakan bahawa semua percubaan untuk memanipulasi rakyat dan pihak berkuasa AS akan mendapat tentangan aktif, setelah itu tindakan pemberontakan akan dilakukan. Tuduhan itu merangkumi pencurian harta intelek, percubaan hak asasi manusia dan dasar pengembangan wilayah yang agresif. O'Brien juga menyebutkan isu pihak berkuasa China menyembunyikan wabak coronavirus di Wuhan.

Bagi China, pihak berkuasa tidak akan berdiam diri. Semalam, telah dinyatakan bahawa persiapan aktif sedang dilakukan untuk penggantian dolar AS, dengan syarat sistem SWIFT antarabangsa diputuskan atau tidak digunakan lagi. Melaksanakan keputusan tersebut adalah sangat mungkin berlaku, kerana SWIFT adalah salah satu alat di mana AS merancang untuk gunakan dalam mempengaruhi China.

This image is no longer relevant

Presiden AS Donald Trump juga menandatangani memorandum semalam mengenai pengenalan duti tetap untuk melindungi perdagangan makanan laut. Menurut Trump, jika wakil penjualan menunjukkan bahawa China tidak memenuhi kewajiban perolehannya berdasarkan perjanjian pada fasa pertama berkaitan dengan makanan laut, duti penindasan akan dilaksanakan.

Berita juga merangkumi bahawa AS merancang untuk menambah duti import barangan dari Perancis, Jerman, Sepanyol dan UK. Cukai tiu akan berjumlah sekitar AS$ 3.1 bilion, di mana duti akan merangkumi kategori barangan seperti trak, alkohol dan zaitun. Duti import yang sedia ada pada pesawat juga dapat dinaikkan, yang hanya akan meningkatkan lagi perselisihan antara Airbus dan Boeing.

Mengenai ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa yang juga memberi tekanan pada aset berisiko, risiko yang signifikan bagi ekonomi global telah meningkat disebabkan oleh peningkatan pandemik yang meluas. Penurunan sebanyak 4.9% dalam KDNK dunia adalah dijangka bagi tahun ini, sementara pada awal bulan April tahun ini, ekonomi global dapat menyusut lebih dari 3%.

This image is no longer relevant

Kenyataan wakil Fed Charles Evans juga dinantikan oleh pra pedagang semalam. Menurut Evans, pemulihan ekonomi akan memakan masa lebih lama ekoran daripada masalah yang berkaitan dengan coronavirus. Pembukaan semula operasi perniagaan yang lebih cepat dari yang dijangkakan dapat menyebabkan penularan wabak baru virus, yang "menimbulkan lebih banyak ketidakpastian untuk tinjauan ekonomi, yang memerlukan polisi fiskal dan monetari tambahan."

Walaupun begitu, pendirian Fed, termasuk ketua Jerome Powell tetap sama. Pada separuh kedua tahun ini, apabila ekonomi mula merasa lebih yakin, susulan daripada kesan COVID-19 yang secara keseluruhan memusnahkan ekonomi akan lebih difahami. Kemungkinan besar, kadar faedah yang sangat rendah akan menggembirakan pasaran untuk jangka masa panjang, di mana akan menyebabkan penurunan dolar AS secara beransur-ansur berbanding aset berisiko.

Mengenai gambaran teknikal pasangan mata wang EUR / USD, arah aliran selanjutnya akan bergantung terhadap bagaimana situasi kenaikkan harga di tahap sokongan 1.1230. Sekiranya keputusan ECB mengenai dasar monetari diterima oleh pedagang secara positif, pergerakan di atas tahap rintangan 1.1280 mungkin berlaku, penembusan yang mana dengan pantas akan mendorong pasangan ini hampir ke paras tertinggi mingguan di kawasan 1.1325. Walau bagaimanapun, jika kenaikkan harga gagal aktif di kawasan 1.1230, tekanan pada aset berisiko akan meningkat, yang akan menyebabkan kemas kini terendah 1.1200 dan 1.1170 pada akhir minggu.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget