empty
 
 
30.04.2020 08:11 AM
EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 30 April, 2020. Keputusan Fed tidak mendorong mata wang euro. Tekanan berpotensi untuk kembali sebelum mesyuarat ECB

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Data semalam mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS, serta keputusan rizab Persekutuan untuk membiarkan kadar faedah tidak berubah, tidak menyebabkan perubahan yang serius di pasaran. Pedagang berhati-hati dengan pesanan membeli euro, tetapi mereka juga tidak terburu-buru untuk membeli Dolar AS. Sejumlah laporan mengenai inflasi dan pengangguran di zon eropah dijadualkan akan dikeluarkan pada separuh pertama hari ini, yang mungkin memberi tekanan kepada pasangan mata wang ini. Adalah lebih baik untuk membuka pesanan membeli semasa pasangan mata wang EUR/USD jatuh ke tahap sokongan 1.0840 dan penembusan harga palsu terbentuk di sana, yang akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil membeli. Namun, ini sebahagian besarnya bergantung pada hasil mesyuarat Bank Pusat Eropah. Sekiranya tidak ada langkah baru untuk membantu ekonomi, dan harga tetap tidak berubah, tekanan pada euro akan meningkat. Dalam senario ini, adalah disarankan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli setelah harga mengemas kini terendah minggu ini pada tahap 1.0812 dan 1.0787, dan kawasan yang lebih besar di mana anda boleh membeli euro dengan segera pada lantunan harga, yang dilihat pada tahap 1.0755. Tugas yang sama pentingnya bagi aliran menaik adalah penembusan harga dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.0885, yang akan mendorong kepada kesinambungan aliran menaik yang terbentuk dari tahap rendah 24 April tahun ini, dan ujian harga pada tahap tinggi baru 1.0916 dan 1.0937, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual terus aktif dengan setiap pertumbuhan mata wang Eropah dan semalam, mereka tidak membenarkan pasangan mata wang ini melepasi tahap tinggi 28 April, yang menunjukkan kemungkinan bahawa kenaikkan harga akan mendominasi pasaran pasangan mata wang ini. Walau bagaimanapun, pertama sekali anda perlu kembali berdagang ke tahap sokongan 1.0840, pengukuhan harga di bawah tahap ini akan menjadi isyarat langsung untuk para pedagang membuka pesanan menjual sambil menjangkakan kejatuhan pasangan mata wang EUR/USD ke tahap terendah dari 1.0812 dan 1.0787, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Momentum penurunan yang lebih kuat dijangka selepas keputusan ECB mengenai kadar faedah diketahui, maka sasaran paling jauh untuk aliran menurun pada akhir minggu ini akan terletak pada tahap sokongan 1.0755. Sekiranya pasangan mata wang ini meningkat pada separuh pertama hari ini berikutan laporan mengenai inflasi zon eropah, anda boleh membuka pesanan menjual setelah harga membentuk penembusan palsu pada tahap rintangan 1.0885, tetapi saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD hanya untuk lantunan harga dari tahap inggi 1.0916 dan 1.0937 berdasarkan pembetulan penurunan 30-40 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan sedikit di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa pembeli mempunyai sedikit kelebihan.

Catatan: Moving Averages tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan berbeza dengan definisi umum classic daily moving averages pada carta Harian, D1.

Bollinger band

Pertumbuhan mungkin akan dihadkan oleh tahap atas indikator pada 1.0885. Sekiranya euro meneruskan penurunan, penembusan sempadan di bawah indikator pada tahap 1.0840 akan meningkatkan tekanan ke atas euro.

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget