empty
 
 
29.04.2020 07:06 AM
EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 29 April, 2020. Pasaran diniagakan mendatar menjelang pertemuan Fed. Aliran menaik perlu kembali berdagang ke tahap rintangan 1.0855

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Data buruk semalam yang menyaksikan penurunan mendadak di dalam indeks sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) telah mendorong kepada pengukuhan mata wang Dolar AS berbanding euro, dan pasangan mata wang ini kembali berdagang ke saluran mendatar menjelang pertemuan Rizab Persekutuhan (Fed) yang akan datang. Pada masa ini, aliran menaik dilihat sedang berusaha untuk menawan kembali tahap rintangan 1.0855, yang akan menentukan arah pergerakan harga bagi pasangan mata wang EUR/USD. Sekiranya harga berjaya mengukuh di atas tahap ini pada separuh pertama hari ini, anda boleh menjangkakan pembetulan harga berulang berulang ke tahap tinggi 1.0886 dan penembusan harga, dengan jalan keluar ke tahap rintangan 1.0913, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Namun, kita tidak perlu bergantung pada pertumbuhan yang ketara tanpa perubahan drastik dalam dasar Fed. Sekiranya euro jatuh pada separuh pertama hari ini, aliran menaik akan berusaha melindungi tahap 1.0819 dan pembentukan penembusan harga palsu di atasnya adalah isyarat untuk para pedagang membuka pesanan membeli untuk pasangan mata wang EUR/USD. Jika tidak, saya mencadangkan pembelian EUR/USD hanya untuk melantun semula dari tahap rendah 1.0787, atau lebih rendah lagi - dari tahap sokongan 1.0755 berdasarkan pembetulan 30-40 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Aliran menurun telah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada semalam dengan kembali berdagang ke pasaran setelah membuat penembusan harga palsu pada tahap 1.0882, yang menyebabkan pembetulan menurun pada separuh kedua hari ini. Ini dapat dilihat dengan jelas pada carta 5 minit. Dalam ulasan saya, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual dari tahap ini, yang membawa keuntungan sebanyak 40 mata apabila harga turun ke sasaran paling hampir. Pada masa ini, tugas penjual adalah untuk kekal pada tahap rintangan 1.0855 dan membentuk penembusan harga palsu di atasnya, yang akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sambil mengharapkan penurunan dan penembusan tahap sokongan 1.0819. Pengukuhan harga di bawah tahap ini, bersama-sama dengan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang buruk untuk suku pertama tahun ini, akan mendorong pasangan mata wang EUR/USD ini dengan segera ke tahap rendah 1.0787, dan kemudian akan menghasilkan kemas kini tahap sokongan 1.0755, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD melonjak di atas tahap rintangan 1.0855 pada separuh pertama hari, maka adalah lebih baik untuk para pedagang kembali ke pesanan menjual setelah menguji tahap tinggi 1.0886, atau segera melantun dari tahap rintangan 1.0913 berdasarkan pembetulan 30- 40 mata dalam sehari.

This image is no longer relevant

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan sedikit di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa pembeli mempunyai sedikit kelebihan.

Catatan: Moving Averages (MA) tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan berbeza dengan definisi umum classic daily moving averages pada carta Harian, D1.

Bollinger bands

Pertumbuhan harga mungkin akan dihadkan oleh tahap lebih tinggi indikator pada tahap 1.0886. Sekiranya euro diniagakan rendah, maka adalah mungkin untuk para pedagang membuka pesanan membeli untuk melantun semula dari sempadan lebih rendah indikator pada tahap 1.0805.

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $5000 lebih lagi!
    Dalam November kami membuat cabutan bertuah $5000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget