Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Kenyataan terkini oleh Rizab Persekutuan bahawa ia akan membeli bon dalam jumlah yang tidak terhad telah menjejaskan sebut harga mata wang Dolar AS, yang diniagakan lemah berbanding euro pada sebelah petang, dengan itu, membenarkan aliran menaik mencapai rintangan yang terletak pada tahap 1.0826, dari mana penjualan aktif bermula semula (lihat carta 5-minit). Saya memberi perhatian kepada tahap rintangan di dalam ramalan saya. Dalam laporan COT (Komitmen Pedagang) pada 17 Mac, pengurangan mendadak dalam pesanan menjual euro dicatatkan, tetapi penurunan dalam pesanan membeli juga dicatatkan, yang menunjukkan sikap berhati-hati para peniaga untuk membeli euro walaupun di tengah-tengah kejatuhan yang ketara, yang tidak diambil kira dalam indikator ini. Pengurangan pesanan membeli bukan komersial berlaku dari tahap 166.487 menjunam ke tahap 114,638, sementara pesanan membeli bukan komersial juga jatuh dari tahap 153,820 kepada 147,133. Akibatnya, pesanan bersih bukan komersial ternyata positif dan mencapai 32,495, yang menunjukkan kelebihan jelas memihak kepada aliran menaik. Walau bagaimanapun, seperti yang kita lihat pada carta, laporan dikeluarkan dengan kelewatan satu minggu, dan keadaan kini telah berubah secara dramatik. Kemerosotan pasaran yang tinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini tidak akan membenarkan anda bergantung pada laporan COT. Walau bagaimanapun, menskipun tekanan kini sedang dikenakan ke atas euro, aliran menaik berjaya melepasi tahap 1.0727 semalam, dan telah hampir ke tahap rintangan 1.0826, yang menjadi matlamat utama mereka hari ini. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap ini akan membawa kepada kemas kini tahap tinggi 1.0884 dan 1.0930, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sasaran jangka panjang untuk aliran menaik terletak pada tahap 1.0975. Sekiranya euro berulang kali jatuh pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan membeli pada penembusan harga palsu dari tahap sokongan 1.0727, atau mengambil pesanan membeli dengan segera pada lantunan harga dari tahap rendah tahunan 1.0636 dalam perkiraan lantunan semula harga 60-70 mata hari ini.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Penjual masih kekal melindungi tahap rintangan 1.0826, dari mana euro telah jatuh ke tahap rendah tahunan beberapa kali. Pembentukan penembusan harga palsu akan memberikan isyarat tambahan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual. Walau bagaimanapun, ia sebahagian besar bergantung kepada keputusan laporan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan zon eropah yang dijadualkan akan dikeluarkan hari ini. Jika data ternyata mencatatkan bacaan yang jauh lebih buruk daripada ramalan ahli ekonomi, aliran menurun dengan segera akan mengembalikan pasangan mata wang EUR/USD ke tahap sokongan 1.0727, pengukuhan harga di bawah tahap ini akan menolak turun pasangan mata wang ini ke tahap terendah tahunan 1.0636, di mana saya mencadangkan mengambil keuntungan. Penjual yang berkeras akan menunggu sehingga tahap 1.0572 dan 1.0549 dikemas kini. Jika permintaan untuk euro berterusan selepas penembusan harga pada sempadan atas saluran 1.0826, maka adalah lebih baik menangguhkan pesanan menjual sehingga harga menguji tahap tinggi 1.0884 dan 1.0930, dari mana anda boleh menjangkakan lantunan semula harga sebanyak 60-70 mata dalam sehari.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kesinambungan pembentukan pembetulan menaik pada pasangan mata wang ini.
Bollinger Bands
Penembusan harga pada had atas indikator sekitar tahap 1.0826 akan mengukuhkan permintaan untuk euro. Jika pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menurun, sempadan lebih rendah pada indikator sekitar tahap 1.0680 akan menawarkan sokongan.
Huraian Indikator
- Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
- Moving average (Moving average menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
- Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9.
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
- Pedagang spekulatif bukan keuntungan, seperti pedagang individu, dana lindung nilai, dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi keperluan tertentu.
- Kedudukan beli bukan komersial mewakili jumlah kedudukan beli terbuka pedagang bukan komersial.
- Kedudukan jual bukan komersial mewakili jumlah kedudukan jual terbuka pedagang bukan komersial.
- Jumlah kedudukan bersih bukan komersil adalah perbezaan antara kedudukan jual dan beli pedagang bukan komersial.