empty
 
 

19.10.201600:46:00UTC+00Saham Asia Meningkat Berikutan Perolehan yang Positif

Saham AS telah melonjak tinggi berikutan keputusan korporat yang lebih baik berbanding ramalan sekaligus merangsang S & P 500 ke arah keuntungan terbesar sejak September. S&P 500 telah turun naik antara keuntungan dan kerugian pada setiap sesi dagangan selama hampir dua minggu, berikutan penurunan melebihi pendahuluan.

Dow Jones Industrial Average meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada 18161.94. S&P 500 meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 2139.60 manakala Nasdaq Composite meningkat 0.8 peratus kepada 5234.84. Saham Netflix meningkat sebanyak 19 peratus kepada AS$ 118.79 berikutan laporan yang positif telah mendorong kenaikkan dalam langganan baharu. Goldman Sachs Group melonjak 2.1 peratus kepada 17.,63 selepas ia mencatatkan bacaan keuntungan dan pendapatannya melebihi jangkaan. Jangkaan pelabur bertambah baik bagi saham perbankan termasuk Citigroup dan JPMorgan Chase, yang melepasi anggaran penganalisis dalam catatan keputusan suku tahun. Sektor yang mencatatkan peningkatan paling banyak adalah saham penjagaan kesihatan sebagaimana firma itu dalam S & P 500 meningkat sebanyak 1.1 peratus. UnitedHealth Group meningkat 6.9 peratus selepas ia meningkatkan panduan pendapatannya untuk 2016 dan mencatatkan pertumbuhan keuntungan yang kukuh pada suku sebelumnya. Biotech juga diantara saham yang merekodkan keuntungan besar sebagaimana Indeks Bioteknologi Nasdaq meningkat sebanyak 1.4 peratus. Walau bagaimanapun, saham International Business Machines susut 2.6 peratus kepada 150.72 sebagaimana saham Visa merosot 0.7 peratus kepada 81.58.

Indeks Dolar WSJ melemah ekoran penurunan sebanyak 0.2 peratus. Penganalisis beranggapan penurunan ini adalah kesan daripada laporan ekonomi AS terkini yang mengecewakan serta isyarat bercampur-campur daripada pegawai-pegawai Rizab Persekutuan berhubung isu kadar faedah.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget