empty
 
 

05.06.201803:22:00UTC+00Harga Minyak Melonjak Berikutan Jangkaan Penurunan Inventori

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik sebanyak 14 sen atau 0.19 peratus, kepada paras harga dagangan sebanyak $ 75.43 setong selepas ditutup turun sebanyak 2 peratus pada paras harga dagangan sebanyak $ 75.29 pada hari Isnin.

Niaga hadapan minyak WTI Amerika Syarikat (AS) diniagakan naik sebanyak 32 sen atau 0.49 peratus kepada paras harga dagangan sebanyak $ 65.07 setong. Dalam sesi sebelumnya, niaga minyak itu ditutup turun sebanyak 1.6 peratus pada paras harga dagangan sebanyak $ 64.75.

Menurut penganalisis, bekalan adalah faktor utama yang mempengaruhi pasaran. Mereka berkata keuntungan dilihat sebagai pemulihan teknikal daripada kerugian sesi sebelumnya, tetapi pasaran kini ditetapkan bertumpu ke arah mesyuarat OPEC dan berapa banyak Arab Saudi dan Rusia akan meningkatkan jumlah pengeluaran mereka.

Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dijangka bertemu di Vienna pada 22 Jun untuk memutuskan sama ada ahli kumpulan dan bukan OPEC akan meningkatkan jumlah pengeluaran untuk meredakan kebimbangan mengenai kemungkinan kekurangan bekalan dari Iran dan Venezuela.

Menteri-Menteri minyak OPEC dan bukan-OPEC mencapai persetujuan pada hujung minggu untuk kerjasama yang berterusan untuk mengimbangi bekalan global, menurut agensi berita Kuwait KUNA.

Peningkatan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) juga telah menurunkan pasaran dagangan harga minyak. Pada bulan Mac, pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 10.47 juta tong sehari, menurut laporan bulanan oleh EIA, merupakan antara paras tertinggi dalam rekod.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget