empty
 
 

10.12.201721:35:00UTC+00Kapasiti Perindustrian Kanada Berkembang pada Suku Ketiga

Kapasiti perindustrian Kanada mencatatkan peningkatan pada suku ketiga untuk suku ke lima memandangkan pertumbuhan dalam sektor pembinaan mengimbangi jumlah pengekstrakan yang lebih rendah dalam industri minyak dan gas, menurut data Statistik Kanada.

Penggunaan kapasiti mencatatkan perkembangan kepada 85.0 peratus, dengan mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Data dari suku kedua telah disemak semula kepada 84.3 peratus.

Kapasiti dalam sektor pembinaan meningkat kepada 89.1 peratus daripada 87.6 peratus peningkatan keseluruhan aktiviti.

Keuntungan didorong oleh penjanaan kuasa elektrik dan industri transmisi, memandangkan kadar penggunaannya meningkat kepada 88.9 peratus daripada 85.2 peratus, paras tertinggi sejak suku keempat 2008.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan sedemikian telah dikurangkan oleh pengeluaran minyak dan gas, di mana kapasiti mencatatkan kemerosotan kepada 81.5 peratus daripada 81.8 peratus berikutan penurunan jumlah minyak konvensional.

Kapasiti dalam sektor perkilangan meningkat 85.2 peratus daripada 85.1 peratus. Kadar penggunaan meningkat dalam 13 daripada 21 industri perkilangan utama.

Bacaan tersebut dicatatkan dalam tempoh seminggu selepas data mengukur produk domestik kasar negara menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi Kanada perlahan pada suku ketiga, kepada 1.7 peratus pada asas tahunan selepas berkembang 4.3 peratus pada suku kedua.

Bank of Canada berkata ekonomi beroperasi hampir atau pada kapasiti. Walau bagaimanapun, bank pusat masih mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah pada satu peratus, dan berkata ia akan kekal berhati-hati dalam membuat kadar dasar disebabkan oleh beberapa ketidakpastian yang dihadapi oleh ekonomi.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget