empty
 
 

21.03.201704:19:00UTC+00Harga Minyak Melonjak Naik Susulan Kenyataan Mengenai Lanjutan Pemotongan Pengeluaran

Harga minyak telah ditarik balik ekoran spekulasi bahawa perjanjian pemotongan pengeluaran yang telah ditangani oleh pengeluar OPEC pada tahun lepas bagi mengimbangi semula pasaran berkemungkinan akan dilanjutkan. Penggunaan minyak yang kukuh juga dijangka perlahan-lahan akan menghakis lebihan bekalan bahan api global.

Harga untuk niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat sebanyak 24 sen atau 0.5 peratus daripada bacaan terakhir iaitu pada $51.86 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah WTI AS diniagakan naik 13 sen atau 0.3 peratus pada $48.35 setong.

OPEC dan juga bukan ahli OPEC lain telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sekitar 1.8 juta tong sehari dalam tempoh Januari-Jun untuk membantu menangani lebihan bekalan bahan api global. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak memberikan kesan yang ketara dalam mengurangkan masalah lebihan penawaran sebagaimana pematuhan oleh pengeksport yang menyertai pakatan dan pengeluar lain yang tidak termasuk dalam perjanjian itu, terutamanya Amerika Syarikat, yang telah meningkatkan jumlah pengeluaran.

Kekurangan hasil yang ketara daripada tawaran telah menyebabkan kejatuhan harga minyak mentah untuk lebih 10 peratus sejak awal tahun ini.

Dalam usaha untuk menghentikan aliran menurun, OPEC semakin cenderung untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran yang sepatutunya berakhir Jun dalam usaha untuk mengimbangi pasaran menurut sumber-sumber. Tetapi mereka berkata, lanjutan itu akan memerlukan kerjasama dari pengeluar bukan ahli OPEC untuk meningkatkan usaha mereka.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget