empty
 
 

14.02.201700:05:00UTC+00Dolar Melonjak ke Paras Tinggi 3 Minggu Berikutan Prospek Pemotongan Cukai AS

Dolar meningkat menghampiri ke paras tinggi tiga minggu berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, disokong oleh prospek pengurangan cukai Amerika Syarikat untuk menjana keuntungan korporat dan pelaburan, bersama-sama dengan pertaruhan sama ada Rizab Persekutuan mungkin akan meningkatkan kadar faedah. Indeks dolar meningkat ke paras 101.11, paras paling kukuh sejak 20 Jan. Ia kali terakhir diniagakan 0.15 peratus lebih tinggi pada paras 100.95.

Mata wang AS sebelum itu mencatatkan peningkatan yang ketara sejak pertengahan Disember selepas Presiden AS, Donald Trump menjanjikan pelan cukai "luar biasa" dimana pihak pentadbiran AS mendakwa ia merangkumi pengurangan cukai untuk perniagaan dan individu. Para pelabur berharap pelan cukai trumo menunjukkan bahawa fokus presiden dan pentadbiran beliau akan beralih daripada perlindungan perdagangan dan keselamatan, dan sebaliknya beralih kepada dasar yang merangsang pertumbuhan ekonomi.

Dolar meningkat ke paras tinggi dua minggu berbanding yen Jepun sususlan laporan bahawa Trump tidak mengulangi kebimbangan beliau ke atas mata wang dan kekuatan nilai dolar AS semasa perbincangan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Dolar kali terakhir diniagakan 0.4 peratus lebih tinggi pada harga 113.60 yen. Euro susut ke paras terendah berbanding dolar sejak 19 Januari. Mata wang tunggal itu akhirnya turun 0.4 peratus pada $1.0600.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget