empty
 
 

19.01.201700:06:00UTC+00OPEC menjangka penurunan dalam lebihan minyak pada 2017, syal AS meningkat

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengisyaratkan penurunan dalam lebihan bekalan minyak pada tahun ini, dengan memetik kenyataan bahawa kadar pengeluaran jatuh daripada rekod paras tertinggi sebelum perjanjian pemotingan pengeluaran dimetrai dan pengeluar bukan OPEC membayangkan komitmen mereka terhadap perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun pada Rabu, kartel minyak, dalam laporan bulanannya, juga memberi isyarat kemungkinan berlakunya pemulihan dalam pengeluaran US, kerana harga minyak mentah yang lebih tinggi selepas pengurangan bekalan telah meningkatkan jumlah penggerudian syal.

OPEC berkata pemulihan dasar kewangan yang berterusan, menandakan keadaan ekonomi yang lebih baik, bersama-sama dengan perjanjian yang telah dicapai antara pengeluar OPEC dan bukan OPEC, perlu membantu dalam memastikan kestabilan yang diperlukan untuk pasaran.

Pada 2016, pengeluar OPEC dan bukan OPEC telah mencapai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah bagi membendung masalah lebihan bekalan. Sejak itu, harga telah meningkat kepada $55 setong daripada hampir $27 pada tahun sebelumnya.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget