empty
 
 

05.01.201702:26:00UTC+00Pengerusi Toshiba Berkata Pemberi Pinjaman Sedia Menawarkan Bantuan Kewangan

Pengerusi Toshiba Corp., Shigenori Shiga memberitahu bahawa bank kreditor bersedia untuk memberi bantuan kewangan kepada syarikat Jepun itu dengan syarat-syarat tertentu, selepas pengumuman bahawa syarikat itu sedang menghadapi penurunan nilai aset (writedown) untuk perniagaan nuklear AS yang dimiliku dan boleh menyebabkan kos berbilion-bilion dolar.

Eksekutif Toshiba memberitahu pemberita bahawa pemberi pinjaman akan terus memberikan sokongan kepada konglomerat itu. Beliau berkata bantuan bank adalah tertakluk kepada syarikat yang memberi mereka penjelasan yang jelas dan kukuh mengenai penurunan nilai aset yang mungkin dan dengan menyediakan satu strategi bagaimana syarikat merancang untuk meningkatkan tahap kewangannya.

Syarikat itu mencari kreditor untuk terus bertahan dalam mengharungi masalah kewangan walaupun ia cuba untuk pulih daripada skandal perakaunan teruk pada 2015.

Beberapa institusi perbankan telah menyuarakan kekecewaan mereka kerana Toshiba sepatutnya telah menyelesaikan penilaian menyeluruh status kewangannya selepas isu perakaunan yang telah menjejaskan reputasinya.

Syarikat itu dijangka akan mengemaskini pemiutang utama, termasuk Sumitomo Mitsui Financial Group Inc dan Mizuho Financial Group mengenai jumlah penurunan nilai aset akhir pada penghujung Januari, menurut sumber.

Jumlah kerugian akan dimuktamadkan pada pertengahan Februari, Toshiba memberitahu.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget