empty
 
 
06.02.2015 06:59 AM

InstaForex telah tersenarai sebagai salah satu anggota Suruhanjaya untuk mengawal selia hubungan dalam pasaran kewangan (KROUFR).

KROUFR adalah merupakan sebuah pertubuhan NGO antarabangsa yang berperanan dalam memastikan penyelarasan di antara peserta pasaran kewangan.

Salah satu tujuan utama perkongsian itu adalah untuk menimbang tara pertikaian di antara syarikat-syarikat dan para pedagang.

"Peluang untuk membuat aduan kepada pakar bebas adalah merupakan jaminan tambahan hak pelanggan. Kami  percaya bahawa keahlian dalam KROUFR akan menjadikan kerjasama dengan para pedagang lebih telus dan terbuka, "ulas Pengarah Projek Khas di InstaForex, Anna Kochkina.

Suruhanjaya untuk mengawal selia hubungan dalam pasaran kewangan telah ditubuhkan pada tahun 2003. Ia mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelesaikan pertikaian di antara syarikat-syarikat Forex dan pelanggan mereka.

Mendidik pedagang dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap peristiwa yang berlaku dalam industri tukaran mata wang asing adalah antara fungsi penting lain pemantau.

 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget