empty
 
 

Pihak pentadbiran bakal mengumumkan nama pemenang peraduan interim InstaForex!

17.05.2021 11:59 AM

Pada hari ini, kami amat berbesar hati ingin mengumumkan nama-nama peserta bertuah yang telah memenangi peraduan dari InstaForex: Chancy Deposit, Lucky Trader, One Million Option, InstaForex Sniper, FX-1 Rally dan Trade Wise, Win Device. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta baru! Sertai peraduan sekarang dan menangi hadiah menarik dari InstaForex!

Chancy deposit

Peraduan ini diadakan pada setiap bulan. Apa yang paling menaik adalah jumlah hadiah yang ditawarkan berbeza pada setiap bulan. Pada bulan Mei, nilai hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak AS$8,000. Mari mengucapkan tahniah kepada finalis peringkat terakhir: Alexey Sergeevich Radishevsky (Belarus), Anatolie Dumitru Gojin (Moldova), Oleg Leonidovich Shirokopoyas (Ukraine), dan Bambang Surono (Indonesia). Senarai lengkap pemenang peraduan dinyatakan di sini. Sila tunggu dan cuba nasib anda!

One Million Option

Peraduan One Million Option diadakan setiap minggu. Ini adalah salah satu peraduan paling popular dari InstaForex. Ia mengumpulkan sebilangan besar peserta kerana setiap minggu sebanyak AS$1,500 ditawarkan sebagai ganjaran pemenang. Pemenang minggu ini adalah Senad Neradin (Bosnia dan Herzegovina), Valery Stefanovich Kuzishin (Ukraine), Muzaffar Rejepbayevich Reymbaev (Uzbekistan), dan Nikolay Iosifovich Dymarchuk (Belarus). Kami dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada para pemenang! Teruskan! Bagi mereka yang belum mengambil bahagian dalam peraduan kami, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda. Selain itu, penyertaan juga adalah percuma.

Lucky Trader

Peraduan berlangsung setiap dua minggu dengan jumlah hadiah AS$3,000 untuk setiap pusingan. Pemenang adalah peserta dengan penilaian tertinggi. Sekiranya anda berjaya mempamerkan sesi perdagangan yang sempurna semasa peraduan berlangsung, maka anda berpeluang untuk memenangi salah satu pusingan seperti Pavel Yurievich Shakirov (Rusia), Iacob Dumitru Frunza (Moldova), Alexander Vikentievich Grigoriev (Rusia), dan Aleksandar Nedeljkovic ( Serbia). Adakah anda yakin dengan kemahiran perdagangan anda? Kami menunggu penyertaan anda dalam pusingan peraduan seterusnya, yang dijadualkan akan bermula pada 24 Mei 2021 dan berakhir pada 4 Jun 2021.

InstaForex Sniper

Peraduan ini diadakan setiap minggu. Ia memerlukan kesabaran dan tindak balas yang cepat. Sebanyak AS$1,500 ditawarkan setiap minggu. Kali ini, Larisa Alekseevna Komeristaya (Rusia), Kehinde Adetola Osonaike (Nigeria), Muhammad Toqeer (Pakistan), dan Alexander Sergeevich Mikhalev (Belarus) telah berjaya menewaskan pesaing yang lain. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang! Kami menjemput anda untuk menguji ketepatan anda dan bersaing dengan pedagang lain! Daftar untuk pusingan yang seterusnya! Penyertaan adalah percuma.

FX-1 Rally

Dalam perlumbaan mingguan untuk kemenangan, peserta pertama yang berjaya tiba di garis penamat dalam pusingan kali ini adalah Vladimir Timofeevich Gladun (Kazakhstan), Anastasia Igorevna Oreshkina (Rusia), Atodo Ademu Pius (Nigeria), dan Pavel Markovic Kacan (Lithuania). Terdapat ramai lagi pemenang. Anda boleh menjadi salah seorang di antara mereka dalam pusingan peraduan yang seterusnya! Kami mengingatkan anda bahawa peraduan berlangsung setiap minggu, dan penyertaan adalah percuma. Daftar sekarang dan tiba ke garis penamat sebelum pesaing anda!

Real Scalping

Real Scalping adalah peraduan bulanan dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai AS$6,000. Pemenang peraduan ini adalah pemilik deposit terbesar. Bulan ini, Olesia Sergeevna Beznosiuk (Ukraine), Alexander Petrovich Andreev (Rusia), dan Andrey Mikhailovich Torbik (Rusia) menunjukkan keputusan terbaik dan meraih kemenangan.

Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan mengajak peserta baru untuk bertanding merebut hadiah utama dalam pusingan seterusnya, yang akan diadakan pada 7 hingga 25 Jun 2021.

Trade Wise, Win Device

Peraduan ini diadakan setiap dua bulan. Hadiah utama adalah empat peranti seperti iPad, iPhone, Blackberry, dan Samsung Galaxy Tab. P. Peranti dikumpulkan oleh InstaForex sebagai sebahagian daripada siri kempen dan peraduan dengan jumlah dana hadiah tahunan lebih dari AS$500,000. Yesetov Omirzhan Omirbekovich, Alicia Nelson, Khasanov Timur Alfirovich, Chaly Nikolay Petrovich, dan Pavlakov Vyacheslav Mikhailovich telah dinobatkan sebagai pemenang pusingan peraduan dan pemilik peranti baru dari InstaForex. Daftar untuk pusingan peraduan seterusnya, yang akan diadakan dari 31 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021. Biarkan 'Lady Luck' tersenyum!

InstaForex mengucapkan tahniah kepada pemenang dari semua peraduan sebelumnya dan mengucapkan semoga berjaya kepada peserta baru! Semoga tuah dan kejayaan bersamamu!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget