empty
 
 
07.05.2024 04:34 AM
Ramalan untuk GBP/USD pada 7 Mei. Minggu baru, kenaikan baru

Analisis GBP/USD 5 Minit

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD juga dilihat berusaha untuk meneruskan pergerakan menaik pada Isnin. Walaupun ia telah meninggalkan saluran menaik minggu lepas, kenaikan harga masih berterusan. Pound British sekali lagi meningkat tanpa sebab yang jelas. Jika pasaran mempunyai alasan yang sah untuk menjual dolar minggu lepas dan minggu sebelumnya, ia tidak mempunyai sebarang alasan pada Isnin. Tambahan pula, pasaran sering "mengabaikan" faktor-faktor yang sepatutnya menyebabkan penurunan nilai pound British, tetapi ia tidak melepaskan sebarang faktor untuk menjual dolar. Secara keseluruhan, kami masih berpendapat bahawa pound sedang diniagakan secara tidak logik, terlalu mahal, dan terlebih beli (overbought).

Tiada acara makroekonomi atau fundamental di Amerika Syarikat mahupun di United Kingdom. Tiada apa-apa untuk para pedagang bertindak balas sepanjang hari. Dari perspektif teknikal, tren menaik jangka pendek masih berterusan — harga berada di atas indikator garis Ichimoku. Kita dapat menentukan akhirnya sekali harga menutup di bawah garis Senkou Span B. Namun, mesyuarat Bank of England akan berlangsung minggu ini, dan pasaran mungkin sekali lagi mentafsirkan keputusannya untuk kepentingan pound, walaupun kenyataannya berlawanan. Para pedagang disarankan agar berhati-hati.

Hanya satu isyarat dagangan yang terbentuk pada Isnin. Pada permulaan sesi dagangan Eropah, harga menetap di atas garis kritikal, yang dianggap sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan beli. Pada kemuncaknya, pasangan ini mengukuh kira-kira 30 pip tetapi gagal mencapai tahap sasaran terdekat yang terletak pada 1.2605. Pada sebelah petang, ia hampir kembali diniagakan ke garis Kijun-sen. Adalah sukar untuk mendapat keuntungan dari dagangan ini memandangkan kecairan pasaran yang rendah pada Isnin. Walau bagaimanapun, isyarat itu sendiri kuat dan tepat.

Laporan COT:

This image is no longer relevant

Laporan COT mengenai pound British menunjukkan bahawa sentimen pedagang komersial sering berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Garis merah dan biru, yang mewakili kedudukan bersih pedagang komersial dan bukan komersial, sentiasa bersilang dan, dalam kebanyakan kes, kekal hampir dengan tahap sifar. Menurut laporan terkini mengenai pound British, kumpulan bukan komersial telah menutup sebanyak 4,800 kontrak beli dan 2,000 kontrak jual. Akibatnya, kedudukan bersih pedagang bukan komersial berkurangan lagi sebanyak 2,800 kontrak dalam seminggu. Penjual terus mempertahankan kedudukan mereka. Latar belakang fundamental masih tidak menyediakan asas untuk pembelian jangka panjang pound sterling, dan mata wang akhirnya mempunyai peluang sebenar untuk meneruskan trend penurunan global. Garis trend pada TF 24 Jam dengan jelas menunjukkan ini. Hampir semua faktor menunjukkan penurunan pound.

Kumpulan bukan komersial kini mempunyai sejumlah 43,700 kontrak beli dan 72,700 kontrak jual. Sekarang, penurunan harga sedang mendominasi pasaran dan pound mempunyai potensi yang besar untuk melemah. Kita hanya boleh berharap bahawa inflasi di UK tidak meningkat, atau Bank of England tidak akan campur tangan.

Analisis GBP/USD 1 Jam

This image is no longer relevant

Menurut carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD terus mengalami pembetulan menaik yang mungkin membawa kepada pelbagai kemungkinan. Ia boleh menjadi permulaan kepada trend menaik yang baru. Ia juga boleh menyebabkan pergerakan mendatar kembali. Mungkin apa yang kita saksikan sekarang adalah pembetulan yang kuat, selepas itu pound mungkin akan jatuh. Masalahnya ialah, pergerakan pound sering kali tidak logik. Oleh itu, adalah sangat sukar untuk meramalkan pergerakannya.

Pada 7 Mei, kita menyoroti tahap-tahap penting berikut: 1.2215, 1.2269, 1.2349, 1.2429-1.2445, 1.2516, 1.2605-1.2620, 1.2691-1.2701, 1.2786, 1.2863, dan 1.2981-1.2987. Garis Senkou Span B (1.2433) dan Kijun-sen (1.2549) juga boleh dijadikan sebagai sumber isyarat. Jangan lupa untuk menetapkan pesanan Stop Loss pada titik pulang modal jika harga telah bergerak sebanyak 20 pips ke arah yang diinginkan. Indiaktor garis Ichimoku mungkin bergerak sepanjang hari, oleh yang demikian, ini perlu diambil kira ketika menentukan isyarat dagangan.

Pada Selasa, tiada acara penting yang dijadualkan di UK dan AS. Para pedagang tidak akan mempunyai apa-apa untuk bertindak balas, dan volatiliti pasangan ini mungkin akan melemah sekali lagi. Pasaran mungkin tidak akan menemui sebab untuk mengakhiri pembetulan harga, tetapi keputusan mesyuarat Bank of England akan diumumkan pada Khamis, oleh yang demikian, pasaran berkemungkinan akan mula menjangkakan keputusan tersebut lebih awal.

Penerangan carta:

Tahap sokongan dan rintangan adalah garisan merah tebal di mana trend mungkin berakhir. Garisan ini tidak memberikan isyarat dagangan;

Garisan Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garisan penunjuk Ichimoku, yang dilukis pada carta masa H1 dari H4. Garis-garis ini memberikan isyarat dagangan;

Tahap ekstrem adalah garis merah nipis di mana harga telah melantun sebelum ini. Garisan ini memberikan isyarat dagangan;

Garisan kuning adalah garis trend, saluran trend, dan corak teknikal lain;

Penunjuk 1 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih untuk setiap kategori pedagang;

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget