empty
 
 
19.04.2024 11:05 AM
USD/JPY: Tip dagangan sesi Eropah untuk pedagang baru pada 19 April.
Gambaran keseluruhan dagangan semalam dan tip untuk pasangan mata wang USD/JPY

Ujian harga 154.60 pada sebelah petang berlaku sewaktu indikator MACD turun secara mendadak dari tahap sifar, yang mengehadkan potensi penurunan harga pasangan ini. Atas sebab itu, saya tidak membeli dolar, walaupun data pasaran buruh AS lebih sesuai untuk ini - dolar AS berada berhampiran tahap tinggi tahunan pada masa itu. Hari ini, dolar AS jatuh mendadak selepas data inflasi Jepun dikeluarkan. Walaupun begitu, kenaikan harga cepat dibeli pada penurunan, yang menunjukkan minat mereka yang tinggi di pasaran dan peluang yang agak besar bagi pasangan mata wang ini untuk mengukuh lebih jauh di sepanjang arah aliran. Bagi strategi dagangan intraday, saya akan lebih bergantung kepada pelaksanaan senario No. 1 dan No. 2.

This image is no longer relevant

Isyarat Beli

Senario No. 1. Saya merancang untuk membeli pound hari ini apabila pasangan USD/JPY mencapai titik masuk pada 154.60 yang digambarkan oleh garis hijau pada carta, yang mensasarkan pertumbuhan ke tahap 1.2468 yang digambarkan oleh garis hijau yang lebih tebal pada carta. Di kawasan 155.19, saya akan menutup pesanan beli dan membuka pesanan jual ke arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan 30-35 pip ke arah yang bertentangan dari tahap). Anda boleh bergantung pada pertumbuhan pasangan USD/JPY hari ini berdasarkan trend selepas ia menembusi tahap tinggi harian. Sebelum membeli, sila pastikan penunjuk MACD berada di atas tahap sifar dan baru mula menaik daripadanya.

Senario No. 2. Saya juga merancang untuk membeli pound hari ini sekiranya terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 154.24 sewaktu indikator MACD berada di kawasan terlebih jual (oversold). Ini akan mengehadkan potensi penurunan pasangan mata wang dan membawa kepada pembalikan menaik. Kenaikan harga ke tahap bertentangan 154.60 dan 155.19 dijangkakan.

Isyarat Jual

Senario No. 1. Saya merancang untuk menjual pasangan mata wang USD/JPY hari ini hanya setelah harga menguji tahap 154.24 yang digambarkan oleh garis merah pada carta, yang akan menyebabkan penurunan harga mendadak. Sasaran utama untuk penjual adalah pada tahap 153.64, di mana saya akan menutup pesanan jual dan juga segera membuka pesanan beli ke arah yang bertentangan (menjangkakan pergerakan menaik 20-25 pip dari tahap itu). Tekanan pada pasangan mata wang USD/JPY mungkin kembali setelah penembusan harga pada tahap tinggi yang tidak berjaya dan tindakan agresif oleh bank pusat.Sebelum menjual, sila pastikan petunjuk MACD berada di bawah tahap sifar dan baru mula menurun daripadanya

Senario No. 2: Saya juga merancang untuk menjual pasangan mata wang USD/JPY hari ini sekiranya terdapat dua ujian berturut-turut pada tahap 1.2424 sewkatu indikator MACD berada di kawasan terlebih beli (overboight). Ini akan mengehadkan potensi kenaikan pasangan dan membawa kepada pembalikan pasaran menurun. Kita boleh menjangkakan penurunan harga ke tahap bertentangan 154.24 dan 153.64.

This image is no longer relevant

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal hijau - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis halus merah - tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan jual pasangan mata wang USD/JPY

Garis tebal merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take-Profit (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah tahap ini adalah tidak mungkin.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget