empty
 
 
15.05.2023 09:34 AM
Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 15 Mei

Analisis transaksi dan tip dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD

Ujian harga pada tahp 1.2527 adalah bertepatan sewaktu garis MACD baru sahaja mula bergerak di atas sifar, yang merupakan sebab yang baik untuk pedagang membuka pesanan beli. Walau bagaimanapun, tiada kenaikan harga berlaku.

This image is no longer relevant

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku pertama dan untuk bulan Mac tahun ini telah mengecewakan peniaga, jadi pound merosot ke bawah pada Jumaat lepas. Risiko yang dikaitkan dengan siling hutang AS juga terus menekan aset berisiko, menyebabkan pertumbuhan dolar AS selanjutnya. Ini jelas bermakna bahawa pedagang mengabaikan statistik AS yang lemah, terus meningkatkan pembelian dolar AS.

Hari ini, kalendar ekonomi UK kosong selain ucapan ahli MPC Bank of England Huw Pill. Oleh itu, pound mempunyai peluang untuk mengukuh, sekurang-kurangnya sehingga dagangan sebelah petang, apabila AS menerbitkan data pada indeks pengeluaran dari Empire Manufacturing. Tetapi jauh lebih menarik ialah ucapan ahli FOMC Raphael Bostic dan Neel Kashkari, yang mungkin mengulas mengenai isu siling hutang AS, yang akan membawa kepada pengukuhan dolar.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencapai tahap 1.2478 (garis hijau pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2515 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku dan ia cenderung untuk mengimbangi semula kerugian pada Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD harus melebihi sifar atau mula meningkat daripadanya. Pound juga boleh dibeli selepas dua ujian harga berturut-turut pada 1.2455, namun, garis MACD harus berada di kawasan yang terlebih jual (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2478 dan 1.2515.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencapai tahap 1.2455 (garis merah pada carta) dan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2416. Tekanan akan kembali ke pasaran jika terdapat kenyataan "dovish" daripada Bank of England. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Pound juga boleh dijual selepas dua ujian harga berturut-turut pada 1.2478, namun garis MACD harus berada di kawasan terlebih beli (overbought), kerana hanya dengan itu, pasaran akan ditarik semula kepada tahap 1.2455 dan 1.2416.

This image is no longer relevant

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau - titik masuk harga di mana anda boleh membeli pasangan GBP/USD

Garis tebal? hijau tebal - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana pertumbuhan selanjutnya di atas paras ini tidak mungkin.

Garis halus ?merah - harga kemasukan di mana anda boleh menjual pasangan GBP/USD

Garis tebal? merah - anggaran harga di mana anda boleh menetapkan Ambil Untung (TP) atau menetapkan keuntungan secara manual, kerana penurunan selanjutnya di bawah paras ini tidak mungkin.

Garisan MACD- adalah penting untuk berpandukan oleh kawasan terlebih beli dan terlebih jual apabila memasuki pasaran

Penting: Pedagang baharu perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah kekal berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik yang mendadak dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa penerbitan berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti (Stop Loss) untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan dan tiada rancangan yang terperinci berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget