empty
 
 
07.10.2021 10:54 AM
Ramalan dagangan awal pasangan mata wang EUR/USD pada 07 Oktober, 2021

Mata wang tunggal Eropah dilihat berkelakuan luar biasa pada semalam. Kenaikan sebanyak 568 ribu pekerjaan di AS tidak memberikan kesan kepada pasaran. Bacaan sebenar menewaskan ramalan pasaran yang mengunjurkan kenaikan hanya 428K. Namun, walaupun data tersebut bersesuaian dengan ramalan, ini sudah tentu merupakan peningkatan yang signifikan. Ya, kadar pengangguran hampir mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Rizab Persekutuan (Fed). Ini bermaksud bahawa pasaran pekerjaan AS kini berada dalam keadaan keseimbangan. Untuk memastikan pasaran kekal stabil, pekerjaan harus meningkat sedikit lebih dari 200 ribu sebulan. Semua ini menunjukkan bahawa kadar pengangguran akan terus menurun. Akibatnya, tidak akan ada yang menghalang Fed AS untuk mula membuat pemotongan program QE. Sesungguhnya, kenaikan pekerjaan yang begitu mendadak seharusnya mendorong mata wang dolar AS. Namun, ini tidak berlaku. Faktanya adalah bahawa dolar AS telah meningkat sebelum penerbitan laporan. Ia berkembang berdasarkan kepada jangkaan peserta pasaran.

Perubahan Pekerjaan ADP Amerika Syarikat:

This image is no longer relevant

Terdapat faktor yang mencukupi untuk penurunan harga euro semalam. Ini adalah mengenai penjualan runcit yang tidak berubah dari tahun sebelumnya, berikutan kenaikan 3.1% yang dilaporkan pada bulan sebelumnya dan kegagalan untuk memnuhi ramalan pasaran yang mengunjurkan pertumbuhan 0.6%. Pada masa yang sama, penjualan runcit meningkat 0.3% berbanding bulan sebelumnya, juga gagal memenuhi ramalan pasaran yang mengunjurkan kenaikan 1%.

Jualan runcit zon Eropah:

This image is no longer relevant

Satu-satunya laporan penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini adalah tuntutan awal untuk faedah pengangguran mingguan AS. Walaupun begitu, data ini tidak mungkin akan mempengaruhi pasaran. Tuntutan pengangguran awal dianggarkan turun sebanyak 14 ribu, dan tuntutan berulang untuk faedah pengangguran susut sebanyak 12 ribu, ini menunjukkan perubahan yang tidak signifikan dari tempoh sebelumnya. Pada Jumaat, Jabatan Tenaga Kerja AS akan menerbitkan laporannya yang akan diperhatikan oleh peserta pasaran dengan teliti. Menjelang acara penting ini, pelabur cenderung untuk berdagang dengan sangat berhati-hati. Untuk itu, pasaran dijangka akan bergerak dalam tren mendatar.

Tuntutan Berulang untuk Faedah Pengangguran Amerika Syarikat:

This image is no longer relevant

Tren penurunan pada pasangan mata wang EUR/USD kembali selepas ia membuat lantunan semula jangka pendek. Peningkatan dalam jumlah pesanan menjual berlaku dari tahap sokongan 1.1640. Hasilnya, harga telah menembusi tahap rendah 1.1562 pada 30 September.

RSI menghampiri 30 pada carta 4 Jam tetapi gagal untuk mengukuh di bawah garis tersebut, menunjukkan bahawa euro belum memperoleh status terlebih belian (overbought).

Kekurangan pembetulan sepenuhnya mencerminkan peningkatan sentimen penurunan harga.

Tinjauan dagangan:

Pasaran kekal melemah. Peningkatan dalam jumlah pesanan menjual dijangka pada saat harga mengukuh di bawah tahap 1.1562. Sekiranya sedemikian, harga dijangka akan turun ke tahap 1.1420.

Sekiranya harga pulih dari tahap semasa, ia cenderung untuk menuju ke tahap 1.1600.

Dari segi analisis indikator kompleks, indikator teknikal memberikan isyarat untuk kemasukan pesanan menjual pasangan mata wang untuk dagangan jangka pendek, sederhana, dan urusniaga harian berikutan kesinambungan aliran menurun.

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget