empty
 
 
15.07.2020 06:58 AM
Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 15 Julai 2020. Laporan COT. California memperkenalkan semula langkah kuarantin yang tegas. Penurunan harga perlu mengekalkan tahap 1.2573

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 1H

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP / USD, tidak seperti pasangan EUR / USD, memulakan pergerakan menurun dan meneruskan aliran itu. Tahap sokongan 1.2497 telah dicapai semalam, dari mana harga berjaya melantun semula dan pada masa ini telah diselaraskan dengan garis Kijun-sen yang kritikal, yang sangat mudah, kerana pada masa kini kita akan mengetahui dalam tempoh beberapa jam akan datang sama ada akan berlaku pemulihan dari garis ini atau penutup di atasnya. Dalam senario pertama, inisiatif di pasaran akan berada di sebelah pihak penjual dan pergerakan menurun akan diteruskan dengan sasaran baru yang ditunjukkan oleh anak panah merah dalam rajah carta. Dalam senario kedua, kenaikkan harga akan berpeluang untuk terus bergerak menaik, sekurang-kurangnya ke kawasan rintangan 1.2668-1.2688, yang mana pasangan telah mencapai tiga kali dalam tempoh beberapa hari terakhir.

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 15M

This image is no longer relevant

Saluran regresi linear paling bawah bergerak ke atas pada carta masa (TF) 15 minit, menandakan pembetulan. Oleh demikian, pada masa kini adalah sangat penting bagi penjual untuk tetap berada di bawah garis Kijun-sen, supaya pembetulan tidak menuju ke arah aliran menaik. Laporan COT terbaru sememangnya wajar dan mencerminkan intipati dari apa yang berlaku pada masa ini di pasaran mata wang untuk pasangan mata wang pound / dolar. Pedagang profesional membuka sejumlah 6,743 kontrak Membeli dan sebanyak 12 kontrak Menjual pada minggu pelaporan. Sebagai kesimpulan, jumlah kedudukan bersih dalam kategori komersial segera meningkat sebanyak 6,700. Walaupun jumlah kontrak dalam kategori komersial adalah kira-kira sebanyak 115,000, dan kelebihan Membeli berbanding Menjual (Buy over Sell) adalah -21 ribu, di mana sejumlah +6,700 berada dalam kedudukan bersih - ini adalah pengukuhan serius dari suasana kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, pound kebanyakannya lebih murah pada awal minggu baru. Masih sukar untuk mengatakan apakah pergerakan ini akan berterusan, tetapi laporan COT mungkin menunjukkan perubahan yang memihak kepada penjual pada akhir minggu pelaporan baru.

Latar belakang asas untuk pasangan mata wang GBP / USD tidak banyak berubah. Laporan terbaru menunjukkan bahawa KDNK UK mula pulih pada bulan Mei, tetapi pada kadar yang jauh lebih perlahan daripada yang dijangkakan oleh pelaku pasaran. Di samping itu, doktor UK meramalkan gelombang kedua wabak itu, di mana akan berlaku jauh lebih kuat berbanding penularan yang pertama dan akan meragut nyawa manusia dengan 2.5 kali lebih banyak. Mengenai berita ini, pound Britain memulakan pusingan penurunan baru. Walau bagaimanapun, sekirnaya UK hanya meramalkan masalah epidemiologi baru, maka Amerika Syarikat sedang mengalaminya. Pada hari semalam salah satu negeri terbesar dan paling aktif secara ekonomi di Amerika yang terkenal - California - sekali lagi ditutup untuk tujuan langkah kuarantin. Perkara ini telah dilaporkan oleh gabenornya, Gavin Newsom. Alasan kepada tindakan langkah sedimikian adalah ekoran daripada peningkatan kes jangkitan coronavirus yang berkembang dengan sangat membimbangkan, seperti yang dinyatakan oleh Newsom. Restoran, bar, tempat konsert, zoo dan muzium harus melarang pengunjung memasuki premis mereka, tetapi mereka akan dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di luar rumah. Pada waktu yang sama, ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan bahawa "tindakan banyak pemerintah tidak sesuai dengan status masalah virus COVID nombor satu di dunia pada masa ini." Ghebreyesus mengatakan bahawa wabak itu akan menyebar lebih jauh dan lebih mendalam sekiranya pemerintah di seluruh dunia tidak mengambil tindakan serius dan tegas untuk menanganinya. "Situasi tidak akan kembali ke keadaan normal untuk masa depan yang dapat diramalkan", kata Ghebreyesus.

Terdapat dua senario utama pada 15 Julai 2020:

1) Tinjauan kenaikan harga meningkat secara mendadak pada awal minggu perdagangan baru. Pada masa ini, pembelian pasangan tidak lagi relevan, kerana harga telah turun di bawah garis kritikal dan di bawah saluran yang meningkat. Oleh demikian, kami mencadangkan agar anda kembali membeli pound Britain, tetapi tidak sebelum menyilangi garis Kijun-sen dari indikator Ichimoku, yang berada pada tahap 1.2573. Sasaran adalah kawasan rintangan 1.2668-1.2688. Potensi Ambil Keuntungan (TP) dalam senario ini adalah sekitar 90 mata.

2) Penjual disarankan untuk meneruskan perdagangan pada tahap yang lebih rendah dengan sasaran pada tahap sokongan 1.2497, garis Senkou Span B (1.2458) dan tahap sokongan 1.2375 sekiranya pemulihan bermula dari garis Kijun-sen. Laporan hari ini mengenai inflasi UK dan pengeluaran perindustrian AS tidak mungkin mengubah suasana pedagang secara fundamental. Potensi Ambil Keuntungan (TP) adalah antara 60 hingga 180 mata.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget