empty
 
 
28.05.2020 01:20 PM
Analisis dan Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 28 Mei, 2020

Salam sejahtera, pedagang yang dikasihi!

Menurut hasil perdagangan semalam, pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan rendah, mengakhiri perdagangan pada tahap 1.2259. Oleh itu, Pound Britain tidak memenuhi jangkaan tinggi yang diletakkan di atasnya, iaitu jangkaan pertumbuhan. Rintangan penjual pada tahap 1.2350-1.2360 terlalu kuat. Kami akan menganalisis gambaran teknikal pasangan mata wang GBP/USD dengan lebih terperinci, tetapi buat masa ini kami akan membincangkan secara ringkas mengenai peristiwa yang berlaku semalam, dan apa yang menanti untuk pasangan mata wang Pound/Dolar AS pada hari ini.

Dalam ucapannya semalam, Pengerusi Bank Rizab Persekutuan New York, John Williams, mengatakan bahawa pada separuh kedua tahun ini, ekonomi AS dapat memulakan pemulihan yang aktif, tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya puncak wabak COVID-19 telah dilepasi pada bulan Mei-Jun. Sementara itu, ketidakpastian yang ketara masih ada, dan Bank Pusat AS bersedia untuk beberapa senario. Kerana wabak coronavirus, keadaan ekonomi di Amerika Syarikat, menurut Williams, terus menjadi sangat sukar. Penting untuk saya mengingatkan anda bahawa pada bulan Mac tahun ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani rang undang-undang bernilai dua trilion Dolar AS yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk menyokong ekonomi terbesar di dunia.

Mata wang AS, dalam konteks wabak coronavirus, masih mendapat permintaan tinggi sebagai aset 'safe-haven'. Sistem Rizab Persekutuan AS (FRS) memainkan peranan penting dalam hal ini, yang mewujudkan talian pertukaran dengan semua bank pusat utama dunia.

Sementara itu, konflik perdagangan yang berlaku di antara Washington dan Beijing sekali lagi meningkat apabila Presiden Trump menuduh penularan wabak coronavirus berpunca dari China dan ancaman sekatan baru terhadap China. Dan terdapat situasi dengan undang-undang keselamatan nasional Hong Kong, yang dikritik hebat oleh Presiden AS.

Jika kita merujuk kepada analisis pasangan mata wang GBP/USD dan melihat kalendar ekonomi pada hari ini, kita akan melihat bahawa pada jam 13:30 (waktu London), sekumpulan besar laporan statistik makroekonomi akan dikeluarkan oleh AS. Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama, pesanan untuk barangan tahan lama, serta jumlah permohonan awal untuk faedah pengangguran akan dikeluarkan. Ramalan untuk laporan ini dan peristiwa lain dapat dilihat dalam kalendar ekonomi.

Carta Harian

This image is no longer relevant

Seperti yang telah dinaytakan di awal artikel, pasangan mata wang Pound/Dolar AS gagal untuk terus mengukuh dan kembali ke Ichimoku Cloud dan simple moving average 50. Aliran menurun malah dilihat berusaha menurunkan pasangan mata wang dari cloud, tetapi ia gagal untuk berbuat sedemikian kerana sokongan kuat yang dijumpai oleh pasangan mata wang ini pada tahap 1.2203, dan melantun naik dari tahap ini.

Pada saat penulisan ini dibuat, pasangan mata wang GBP/USD diniagakan dengan sedikit penurunan berhampiran sempadan bawah cloud harian. Untuk menentukan dinamika harga yang selanjutnya, penutupan harga pada sesi dagangan hari ini menjadi sangat penting. Sekiranya perdagangan ditutup di bawah sempadan bawah cloud (1.2237), dan lebih-lebih lagi di bawah garis Tenkan, yang berada pada tahap 1.2217, kedudukan pemain di bahagian bawah akan menguat dengan ketara, yang akan membolehkan harga didorong ke tahap teknikal penting 1.2200.

Harapan untuk kembali ke pertumbuhan hanya akan muncul jika sesi dagangan hari ini berakhir di atas batas cloud awan. Dengan perkembangan ini, kemungkinan ujian lain akan dilakukan untuk menembusi zon rintangan kuat 1.2350-1.2362. Hanya penembusan harga pada tahap 1.2362 dan penyatuan harga di atas tahap ini akan memberi inspirasi kepada pasaran dengan sentimen kenaikkan harga dan membolehkan pasangan mata wang GBP/USD ini menguji kekuatan zon harga penting dan signifikan pada tahap 1.2400-1.2420.

Carta 1 Jam

This image is no longer relevant

Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang ini diniagakan di bahagian bawah saluran menaik, mendapat sokongan dari exponential moving average 200. Rintangan penjual paling hampir adalah pada tahap 1.2294, tepat di mana 50 MA berada.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD:

Situasi semasa sangat kabur, oleh yang demikian, mari kita mempertimbangkan kedua-dua pilihan. Pembelian akan menjadi relevan jika sebut harga kembali berdagang di atas 50 MA, tahap 1.2294 dan garis putus-putus tengah saluran. Membuka pesanan membeli pada harga yang lebih menarik disarankan untuk dipertimbangkan berhampiran tahap 1.2217, di mana garis sokongan saluran menaik melintasi.

Penjualan akan menjadi relevan setelah harga menembusi zon sokongan 1.2220-1.2200. Sekiranya ini berlaku, anda boleh cuba menjual pasangan mata wang GBP/USD pada penarikan semula harga ke zon yang ditentukan. Pilihan lain untuk membuka pesanan menjual pound adalah penampilan model graflilin pembalikan di kawasan 1.2290-1.2320. Saya menganggap ia adalah tidak praktikal dan berisiko untuk membuka pesanan pada pasangan mata wang GBP/USD di sini dan sekarang. Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk mendapatkan isyarat pengesahan dan hanya memasuki pasaran selepas itu.

Semoga berjaya!

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget