empty
 
 
06.04.2020 08:46 AM
Laporan CFTC menunjukkan bahawa pelabur mempunyai keraguan terhadap Dolar AS; Gambaran keseluruhan bagi pasangan mata wang USD/CAD dan USD/JPY

Laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada bulan Mac ternyata mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, yang bagaimanapun, tidak memberi impak yang besar yang terhadap pasaran yang telah bersedia sepenuhnya untuk laporan yang lemah, karena mereka sudah mendapat informasi tentang pertumbuhan yang ketara dalam permohonan faedah ngangguran pada separuh kedua bulan Mac.

Seramai 701 ribu orang dilaporkan telah kehilangan pekerjaan, kadar pengangguran bertambah dari 3.5% kepada 4.4%, penyertaan dalam tenaga buruh susut daripada 63.4% kepada 62.7%, dan hanya upah menyaksikan sedikit peningkatan, yang merupakan tindak balas terhadap pengetatan pasaran dengan kecairan dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa penurunan dalam sektor pekerjaan berkemungkinan besar disebabkan oleh pengambilan pekerja baru, bukannya pemberhentian massa.

This image is no longer relevant

Memandangkan Amerika Syarikat kini menjadi negara dengan kedudukan teratas dalam bilangan kes COVID-19, dan kadar kelembapan ekonomi yang semakin pesat, kita harus menjangkakan bahawa laporan pekerjaan yang lemah untuk bulan Mac adalah tahap pertama keruntuhan, dan laporan seterusnya akan menjadi lebih buruk.

Laporan CFTC mencerminkan perubahan lemah dalam kedudukan pelabur dalam mata wang utama. Ia adalah mungkin untuk mengurangkan kedudukan menjual Dolar AS dan penurunan dalam jangka panjang dalam JPY, yang menunjukkan penstabilan pasaran mata wang dan jurang yang dibuat pada minggu-minggu pertama panik.

Pada masa yang sama, pesanan membei di euro telah meningkat lagi, yang kekal sebagai nombor satu dalam permintaan spekulatif untuk dagangan jangka sederhana, sementara sebaliknya, terdapat peningkatan dalam pesanan menjual Dolar AS. Perubahan ini menunjukkan sentimen penurunan harga yang agak stabil pada Dolar AS, yang masih tidak jatuh disebabkan peningkatan permintaan kerana keperluan untuk memberi perkhidmatan kepada hutang besar.

Selain itu, tekanan menurun terhadap Dolar AS semakin meningkat. Ia mungkin menurun pada minggu ini, terutamanya terhadap euro dan franc, yang mungkin disokong dengan mengemaskini maklumat mengenai langkah menyekat penyebaran coronavirus di Eropah.

Pasangan Mata Wang USD/CAD

Pengurangan dalam posisi penurunan harga pada laporan CFTC dan pertumbuhan minyak yang ketat membatasi pertumbuhan pasangan mata wang USD/CAD, anggaran harga saksama tidak jauh dari tahap semasa, trend menurun, yang menunjukkan kebarangkalian peningkatan pada penurunan pasangan mata USD/CAD dalam tempoh beberapa hari akan datang.

This image is no longer relevant

Laporan pekerjaan di Kanada yang dijadualkan akan dikeluarkan seminggu selepas laporan Amerika Syarikat, maka tidak ada data mengenai berapa banyak pekerjaan ekonomi Kanada yang hilang pada bulan Mac. Pada masa yang sama, perlu diambil perhatian bahawa jumlah tuntutan pengangguran di AS sejak 2 minggu yang lalu telah meningkat sebanyak 10 juta, sementara di Kanada, pertumbuhannya adalah sekitar 2 juta pada masa ini, yang secara proporsionalnya lebih tinggi dari pada Amerika Syarikat. Ini bermakna bahawa laporan pekerjaan yang akan diterbitkan pada Khamis 9 April berkemungkinan besar akan lebih buruk daripada yang diramalkan dan memberi tekanan ke atas Dolar Kanada.

Secara teknikalnya, pasangan mata wang USD/CAD membentuk corak "flag" klasik; perdagangan berada dalam julat sempit. Dorongan kuat untuk mata wang Kanada tidak dijangka sehingga Khamis, tetapi laporan pekerjaan yang lemah akan meningkatkan peluang untuk keluar dari julat dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.4348. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.4070/90, yang merupakan dagangan paling logik sehingga Khamis.

Pasangan Mata Wang USD/JPY

Meskipun terdapat kenyataan bahawa gabungan kedudukan JPY merosot sebanyak 0.68 bilion, ia masih berpihak kepada yen. Faktor lain, seperti peningkatan permintaan untuk bon dan emas, menunjukkan bahawa penstabilan semasa dalam pasaran mata wang adalah bersifat sementara. Anggaran tahap harga saksama pada pasangan mata wang USD/JPY jauh lebih rendah dari tahap semasa, dan kebarangkalian pasangan mata wang untuk jatuh ke tahap 104 kekal.

This image is no longer relevant

Mizuho Bank menyatakan bahawa indikator semasa ekonomi Jepun mencadangkan kemerosotan yang ketara dalam beberapa minggu yang akan datang. Dinamik permintaan dalam pasaran bon membawa kepada kesimpulan ini, dan kajian tentang jangkaan inflasi menunjukkan bahawa harga pengguna perlahan, dan deflasi sedang bersedia untuk menutup ekonomi Jepun sekali lagi.

Trend ini mengukuhkan yen, yang ditunjukkan dalam dinamik anggaran harga saksama dan kedudukan spekulator. Sekarang, pertumbuhan jangka pendek pasangan mata wang USD/JPY akan berakhir di bawah zon rintangan pada tahap 111.40/70, sasaran paling hampir terletak pada tahap 109.39, di mana pembentukan pergerakan menaik dan pergerakan ke arah bawah diramalkan ke zon sokongan pada tahap 106.90.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget