empty
 
 
01.04.2020 07:28 AM
Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 1 April, 2020. Laporan dari ADP mengenai perubahan dalam jumlah pekerja di AS berpotensi mendorong penurunan Dolar AS

Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA)(20) - menaik.

CCI: 55.1549

Hari perdagangan ketiga untuk minggu ini bermula dengan pergerakan pembetulan yang sama diperhatikan pada dua hari pertama. Harga berjaya disesuaikan dengan garis Moving Averages (MA) dan gagal menembusi dalam beberapa jam. Oleh itu, pada masa ini, kita boleh mengandaikan kebarangkalian yang tinggi bahawa akan berlaku lantunan semula harga dari garis ini dengan kesinambungan trend menaik. Sementara itu, seperti yang telah kami nyatakan di dalam artikel ini, garis Senkou span B dan Kijun-sen pada indikator Ichimoku telah dihasilkan, yang juga bertindak sebagai sokongan kuat, yang mana pasangan mata wang ini boleh melantun semula. Akibatnya, kita akan mempunyai tiga sokongan kuat sekaligus. Lebih banyak sokongan kuat, maka ia adalah lebih baik. Jika pasangan mata wang ini berjaya menembusinya, maka peluang pergerakan menurun akan meningkat beberapa kali. Sekiranya ia 'stand-off', harga akan meneruskan pergerakkan menaik. Apa yang semestinya menyenangkan dalam keadaan semasa adalah penurunan volatiliti pada pasangan mata wang EUR/USD. Semalam, hanya 126 mata yang dicatatkan, yang masih banyak untuk mata wang euro. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini masih tidak melebihi 200 mata sehari, yang menjadikan peserta pasaran sedikit tenang.

Dagangan hari ini akan menjadi sangat menarik. Pada hari perdagangan ketiga minggu ini, sebilangan besar laporan statistik makroekonomi akan dikeluarkan, dari Eropah yang tidak mempunyai laporan penting sehingga ke Amerika yang mempunyai laporan sangat penting. Mari kita mulakan dengan Eropah. Pertama, laporan jualan runcit untuk bulan Februari di Jerman akan dikeluarkan. Laporan ini tidak masuk akal untuk dianalisis kerana sama sekali tidak mempunyai reaksi ke atas pasaran. Tidak lama kemudian, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan Kesatuan Eropah secara keseluruhan akan dikeluarkankan. Data ini juga akan menyebabkan sekurang-kurangnya beberapa tindak balas pasaran, kerana nilai awal telah dikeluarkan, dan ia bukan kegagalan atau mengejutkan. Ya, akan berlaku penurunan dalam aktiviti perniagaan di sektor pembuatan di setiap negara, tetapi tidak begitu kritikal dalam sektor perkhidmatan di negara yang sama. Di Jerman, bacaan yang dijangkakan ialah 45.5 dan di Kesatuan Eropah - 44.7. Bacaan ini adalah rendah, tetapi kami ingin mengingatkan anda bahawa pada tahun lepas, aktiviti perniagaan di sektor pembuatan EU telah berada di bawah paras utama 50.0, dan sektor perindustrian pada mulanya hanya kehilangan kadar pertumbuhannya dan kemudian menurun dalam setahun setengah yang lalu. Adalah pelik jika aktiviti perniagaan tiba-tiba mula berkembang semasa epidemik coronavirus tercetus. Oleh itu, kami percaya bahawa pedagang bersedia untuk angka tersebut dan mereka tidak akan terkejut denganya. Juga hari ini, kadar pengangguran Eropah untuk bulan Februari akan dikeluarkan, dan ia tidak menarik.

Laporan ekonomi paling menarik yang akan dikeluarkan pada 1 April dari luar negara. Pertama sekali, kita bercakap mengenai laporan ADP mengenai perubahan bilangan pekerja di sektor swasta AS. Memandangkan fakta bahawa wabak Covid-19 telah membawa kepada kenaikan pengangguran tertinggi di Amerika Syarikat, serta peningkatan bilangan permohonan untuk faedah pengangguran, tiada yang baik dapat dijangkakan daripada laporan ADP. Menurut ramalan para pakar, kita harus mengharapkan pengurangan sebanyak 150,000-170,000. Sepanjang 5 tahun yang lalu, Amerika hanya pernah mencatatkan nilai negatif sekali sahaja dalam laporan ini, pada akhir tahun 2017. Oleh itu, apa-apa nilai negatif penunjuk secara teorinya dapat memberi tekanan pada mata wang AS. Seterusnya, dua indeks aktiviti perniagaan di sektor pembuatan AS untuk bulan Mac akan dikeluarkan, menurut Markit dan ISM. Kami mengingatkan anda bahawa nilai awal indeks ISM tidak dikeluarkan, dan nilai awal indeks Markit menunjukkan penurunan minima berbanding Februari - 49.2 mata. Ya, aktiviti perniagaan dalam pembuatan di Amerika juga akan mencatatkan bacaan "di bawah garis", tetapi ini tidak mengejutkan. Perkara yang menghairankan ialah penurunan hanya akan menjadi 49.2 mata atau lebih. Walau bagaimanapun, terdapat juga indeks ISM, yang dianggap lebih penting. Dan indeks kedua menunjukkan penurunan yang serius dalam aktiviti perniagaan, dari 50.1 kepada 44-45 mata sekarang. Oleh itu, tidak ada keraguan bahawa aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan juga akan menurun menjelang akhir bulan Mac, satu-satunya persoalan ialah berapa penurunan indeks ISM? Tetapi kita masih percaya bahawa pertama sekali, pedagang akan mengkaji laporan ADP. Dan saya harus mengatakan bahawa ia boleh menjadi lebih buruk berbanding ramalan. Dari sudut pandangan kami, laporan ADP yang boleh mencetuskan penjualan baru mata wang AS pada petang Rabu.

Sementara itu, Donald Trump, melalui akaun Twitternya, menunjukkan rasa kepuasannya dengan kadar utama semasa Fed dan juga akan memulakan rang undang-undang baru untuk membantu ekonomi Amerika dengan tambahan $2 trilion lagi. "Memandangkan kadar faedah kini sudah hampir sifar, sudah tiba masanya untuk meluluskan rang undang-undang infrastruktur yang sudah lama ditunggu-tunggu, ia mesti sangat besar dan berkuasa, bernilai dua trilion dolar. Kita harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan dan membina semula infrastruktur negara kita," Trump menulis.

Selain kemungkinan pencairan kewangan baru ke dalam ekonomi AS, Fed akan melancarkan program kredit baru untuk bank pusat mulai 6 April. Kini bank pusat asing akan dapat menerima pinjaman dolar sebagai pertukaran sekuriti Perbendaharaan AS. Terdahulu, ia dilaporkan mengenai pelancaran beberapa lagi program bagi pinjaman dolar kepada bank pusat asing. Oleh itu, kerajaan AS dan Fed terus membanjiri bukan sahaja ekonomi mereka dengan wang tunai, tetapi juga ekonomi dunia. Dari sudut pandangan kami, ini mungkin dapat mengurangkan permintaan terhadap mata wang AS, yang akan menyaksikan kelebihan penawaran dalam masa terdekat. Sudah tentu, dalam keadaan krisis dan panik di pasaran, para peserta boleh meneruskan pembelian mata wang AS, hanya dipandu oleh pertimbangan pengukuhan Dolar AS. Walau bagaimanapun, semua faktor asas yang sama akan cepat atau lambat kembali ke tempat kejadian dan membuat anda memberi perhatian kepadanya.

Seperti yang anda lihat, virus COVID-2019 masih belum reda. Oleh itu, pasaran kekal dalam keadaan gelisah. Walau bagaimanapun, panik masih perlahan. Ekonomi negara-negara di seluruh dunia terus dijeda, tetapi anda boleh menilai penurunannya dengan laporan statistik rasmi. Selain itu, semuanya akan bergantung pada rangka waktu di mana wabak ini akan berhenti tersebar. Pertama sekali, ini terpakai kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

This image is no longer relevant

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang Euro/Dolar AS kekal pada tahap tinggi, tetapi masih terus beransur-ansur jatuh. Nilai purata untuk 1 April adalah 153 mata dan dalam lapan hari terakhir, volatiliti tidak melebihi 200 mata setiap hari. Hari ini, kami menjangkakan penurunan selanjutnya dalam tahap volatiliti dan pergerakan dalam saluran, yang dihadkan oleh tahap 1.0861 dan 1.1167.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 - 1.0986

S2 - 1.0864

S3 - 1.0742

Tahap rintangan paling hampir:

R1 - 1.1108

R2 - 1.1230

R3 - 1.1353

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS terus menyesuaikan diri. Oleh itu, para peserta pasaran disyorkan untuk menunggu penyempurnaan pembetulan semasa (pembalikan indikator Heiken Ashi) dan sekali lagi membeli euro dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1108 dan 1.1167. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD hanya setelah aliran menurun menetapkan di bawah garis MA dengan sasaran pertama pada 1.0864. Apabila anda membuka mana-mana pesanan, masih disyorkan untuk lebih berhati-hati sebagaimana keadaan di pasaran masih tidak menentu.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget