empty
 
 
27.04.2020 07:26 AM
Analisis Teknikal BTC/USD untuk 27/04/2020:

Berita Industri Kripto:

Pengeluar utama cip perlombongan Bitcoin, Ebang, telah membuat tawaran IPO pertama bernilai AS$ 100 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC). Syarikat ini berusaha mengagihkan saham kelas A dengan nilai nominal AS$ 0.00013 sesaham. Syarikat itu merancang untuk tampil di bursa saham global Nasdaq atau bursa saham New York dengan slogan EBON. Perancangan ini berlaku hampir dua tahun setelah syarikat itu berusaha melancarkan tawaran awam awal bernilai AS$ 1 bilion di Hong Kong. Pada tahun 2019, sejumlah 82% pendapatan Ebang diperoleh dari ASIC dan litar bersepadu tanpa wayar untuk pelombong.

Pendapatan tahunan Ebang adalah berjumlah AS$ 109 juta tahun lalu. Penurunan permintaan dalam peralatan perlombongan menyebabkan penurunan pertumbuhan sebanyak 66% daripada AS$ 319 juta pada tahun 2018. Keuntungan kasar jatuh dari AS$ 24.4 juta pada tahun 2018, kepada kerugian kasar AS$ 30.6 juta tahun lalu. Penjualan syiling Ebang susut dari 415,930 pada harga purata AS$ 737, kepada 289,953 syiling dengan harga AS$ 304.

Ebang mendakwa bahawa permintaan untuk produknya secara langsung berkaitan dengan turun naik harga Bitcoin, berikutan daripada keperluan pasaran dan harga unit mesin perlombongan Bitcoin adalah berhubungkait dengan pulangan ekonomi mesin-mesin ini, dan semua di atas adalah bergantung pada harga Bitcoin. Peningkatan BTC secara umumnya akan meningkatkan permintaan pasaran untuk mesin perlombongan, yang seterusnya akan membolehkan produk Ebang dinilai lebih tinggi dan sebaliknya. Dokumentasi menunjukkan bahawa Ebang telah menyelesaikan reka bentuk sistem ASC 8 nm dan 7 nm mereka sendiri, sambil menambah bahawa ia siap untuk pengeluaran secara besar-besaran sebanyak 8 nm unit apabila, katanya, keadaan pasaran akan bersesuaian.

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan BTC / USD telah menguji tahap kenaikan baru-baru ini yang berada pada tahap AS$ 7,707 untuk sepanjang hujung minggu dan ketika ini berlegar-legar di sekitar tahap ini. Sekiranya berlaku penembusan lebih jauh, sasaran seterusnya dilihat pada tahap AS$ 7,897, tetapi terdapat perbezaan penurunan harga yang jelas antara harga dan momentum osilator pada tahap semasa. Sekiranya aliran menurun akan mendorong harga lebih rendah, pergerakan boleh mencapai sokongan teknikal seterusnya yang berada pada tahap AS$ 7,385 dan ke bawah.

Titik Pivot Mingguan:

WR3 - AS$9,046

WR2 - AS$8,348

WR1 - AS$8,040

Pivot Mingguan - AS$7,352

WS1 - AS$7,064

WS2 - AS$6,356

WS3 - AS$6,047

Cadangan Perdagangan:

Kebimbangan terhadap penularan wabak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan situasi itu mengawal di pasaran kewangan. Setakat ini para pelabur global tidak begitu berminat untuk melabur dalam Bitcoin dan menganggap BTC sebagai emas digital. Aliran jangka masa yang lebih besar tetap menurun dan selagi tahap AS$ 10,791 tidak ditembusi, semua peningkatan akan dianggap sebagai aliran bertentangan pergerakan pembetulan. Ini merupakan sebabnya mengapa kedudukan menjual sekarang lebih disarankan.

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget