empty
 
 

01.04.201821:30:00UTC+00Pasaran Asia Melonjak Selepas China Mengenakan Tarif Baru Pada Barangan A.S.

Penanda aras Jepun, Nikkei 225 melonjak dengan sebanyak 0.23 peratus selepas dibuka dalam lingkungan negatif dan Topix secara meluas menokok kepada 0.17 peratus.

Kospi Korea Selatan meningkat dengan sebanyak 0.77 peratus dalam sesi perdagangan awal. Sektor kewangan, pembuat kereta, dan peruncit meningkat, sementara pasaran dagangan saham pembuatan dan teknologi diniagakan dalam keadaan bercampur. Walaupun terdapat peningkatan secara keseluruhan, sektor teknologi berat Samsung Electronics diniagakan turun kepada 1.06 peratus.

Dalam sektor pertukaran di Australia, Hong Kong, dan New Zealand ditutup pada hari Isnin dalam memberi ruang kepada sambutan perayaan untuk percutian Paskah (Easter Holiday).

Pertikaian yang sedang berlaku antara negara Amerika Syarikat dan China terus meningkat, dengan China telah melancarkan tarif ke atas 128 jenis import Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula pada Isnin ini. Perkara tersebut adalah selaras dengan senarai produk yang telah dicadangkan oleh Beijing pada bulan Mac dan datang sebagai tindak balas secara langsung kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif pada sektor dagangan barangan yang diimport dan aluminium pada bulan Mac. China berkata bahawa pada bulan Mac, perkara-perkara dalam senarai itu mempunyai nilai dagangan import sebanyak $ 3 bilion pada tahun 2017.

Pada hari Jumaat, pasaran dagangan serantau telah diselesaikan pada paras yang lebih tinggi, dengan urusniaga indeks Nikkei meningkat kepada 1.4 peratus dan Indeks Kospi bagi penanda aras Korea Selatan melonjak sehingga 0.39 peratus selepas berlaku peningkatan pada hari Khamis di pasaran dagangan Amerika Syarikat (AS).

Terdapat beberapa data ekonomi yang diterbitkan. Kajian Tankan Jepun menunjukkan bahawa pengeluar besar dalam kedudukan yang kurang yakin pada suku keempat bulan Mac. Firma-firma besar, walau bagaimanapun, juga menunjukkan bahawa mereka bercadang untuk meningkatkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak 2.3 peratus dalam tahun kewangan baru, yang melepasi sebanyak 0.6 peratus yang telah diunjurkan. Di China, aktiviti pembuatan berkembang lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac. Indeks Pembelian rasmi meningkat sebanyak 51.5 pada bulan sebelumnya, mengatasi paras bacaan sebanyak 50.5 yang dianggarkan dalam kaji selidik Reuters. Bacaan juga melebihi angka 50.3 yang diperhatikan pada bulan Februari.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget