empty
 
 

25.08.201601:56:00UTC+00Kejatuhan Saham Asia Didorong oleh Penurunan Saham Komoditi

Saham Asia merekodkan penurunan disebabkan faktor kejatuhan harga di dalam saham komoditi dan minyak menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen pada hari Jumaat yang bakal memberikan petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah AS. Indeks MSCI Asia Pacific turun sebanyak 0.2 peratus kepada 138.72.

Indeks Topix susut sebanyak 0.2 peratus. Sektor tenaga juga turut menjunam mengekori penurunan harga minyak disebabkan oleh sebuah laporan daripada kerajaan yang menunjukkan inventori minyak mentah AS tiba-tiba meningkat minggu lalu. Indeks S&P/ASX 200 Australia jatuh sebanyak 0.5 peratus manakala Indeks S&P/NZX 50 New Zealand menokok sebanyak 0.1 peratus. Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.1 peratus. Niaga hadapan dalam Indeks A50 China dan Indeks Hang Seng kedua-duanya turun sebanyak 0.1 peratus. Saham China merosot ekoran kebimbangan mengenai yuan yang lebih lemah akan menjadi halangan untuk pihak kerajaan melaksanakan pakej rangsangan tambahan.

Pelabur menarik semula pertaruhan spekulatif di tengah-tengah risiko geopolitik Turki di mana ia telah melancarkan operasi ketenteraan di Syria. Seperti yang dapat di dilihat dalam laporan Bloomberg, peniaga telah bertaruh dengan 28 peratus kemungkinan mengetatkan menjelang bulan hadapan.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget