empty
 
 

14.11.201805:53:00UTC+00Harga Minyak Melantun Dari Kejatuhan Yang Ketara

Pasaran dagangan bagi sektor harga minyak melonjak pada hari Rabu selepas kejatuhan yang ketara pada sesi sebelumnya mengenai kebimbangan bekalan minyak dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global. Penanda aras global Brent minyak mentah meningkat lebih daripada 1 peratus kepada paras harga dagangan sebanyak AS$ 66.14 setong selepas mencecah kepada 6.8 peratus pada hari Selasa untuk menetapkan paras lapan bulan rendah. Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada 0.3 peratus pada paras harga dagangan sebanyak AS$ 55.87 setong selepas merosot kepada 7 peratus pada sesi sebelumnya, kerugian satu hari terbesar dalam tempoh lebih daripada tiga tahun. Kebimbangan pertumbuhan global berterusan ekoran daripada data menunjukkan bahawa Jerman, yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah, menguncup buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada tiga tahun. Ekonomi Jepun juga menguncup pada suku ketiga berikutan daripada gempa bumi dan taufan yang menjejaskan perbelanjaan dan mengganggu sektor dagangan eksport. Data China yang tidak memberangsangkan terbukti sebagai data ekonomi yang bercampur, dengan pertumbuhan pengeluaran industri dan pelaburan melonjak pada bulan Oktober sementara pertumbuhan jualan runcit berkurangan dari bulan sebelumnya. Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memberi amaran pada hari Selasa bahawa lebihan bekalan boleh muncul pada tahun 2019 berikutan semakan semula yang menurun untuk ramalan pertumbuhan global. Kebimbangan dengan kejatuhan penurunan harga minyak dan peningkatan bekalan, OPEC dan rakan dagangan mereka kini bercakap di atas langkah untuk menyokong kepada pertumbuhan harga. Kumpulan itu bermesyuarat pada 6 Disember untuk menetapkan dasar bagi tahun 2019.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget