empty
 
 

15.10.201818:05:00UTC+00Inflasi New Zealand Catat Kenaikkan 0.9% pada Suku Ketiga

Harga pengguna di New Zealand mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.9 peratus pada suku ketiga pada 2018, menurut Pejabat Statistics New Zealand pada Selasa. Bacaan ini mengatasi ramalan yang mengunjurkan kenaikan sebanyak 0.7 peratus dan naik dari 0.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya. Pada asas tahunan, inflasi naik seabnyak 1.9 peratus - sekali lagi mengatasi anggaran sebanyak 1.7 peratus dan melonjak dari 1.5 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya. "Harga petrol meningkat 19 peratus pada September 2018," pengurus kanan harga, Paul Pascoe berkata. "Ini adalah kenaikan tahunan tertinggi sejak Jun 2011." Petrol naik sebanyak 5.5 peratus pada suku September 2018. Harga purata 91 oktana, selepas diskaun (untuk keseluruhan suku September), mencapai NZ$2.18, naik berbanding NZ$2.06 pada suku Jun. Harga petrol meningkat secara berterusan sepanjang suku tahunan, dan pada minggu terakhir bulan September adalah 3.2 peratus di atas harga purata pam suku tahunan September. Beberapa faktor telah menyumbang kepada kenaikan harga petrol pada suku tahun ini. Kadar pertukaran jatuh pada suku tahunan, sementara harga minyak mentah meningkat. Di samping itu, cukai bahan api serantau sebanyak 10 sen seliter ditambah dengan perlaksaan GST di Auckland yang berkuatkuasa pada 1 Julai. Harga petrol meningkat sebanyak 8.8 peratus di Auckland pada suku tahunan, berbanding 3 hingga 5 peratus di seluruh negara. "Meskipun petrol hanya membentuk kira-kira 4 peratus daripada IHP, ia boleh memberi impak yang besar terhadap inflasi keseluruhan," menurut Pascoe. "Ia menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pergerakan CPI suku tahunan untuk September, dan kira-kira 40 peratus kepada pergerakan tahunan." Ini adalah merupakan kali pertama harga petrol meningkat untuk empat suku berturut-turut sejak September 2008, semasa krisis kewangan global. Apabila petrol dikeluarkan dari CPI, kenaikan adalah 0.7 peratus untuk suku September 2018 (berbanding 0.9 peratus secara keseluruhan), dan 1.2 peratus bagi tahun 2018 September (berbanding 1.9 peratus keseluruhan). Kenaikkan sebanyak 3.5 sen seliter dalam cukai petrol diseluruh negara telah diperkenalkan pada 30 September lalu. Kesan daripada kenaikan harga ini akan dilihat pada suku tahun Disember 2018. Kadar pertukaran yang melemah, menjadikan import lebih mahal bagi New Zealand, turut menyumbang kepada kenaikan harga peralatan audio visual seperti kenaikan harga sebanyak 2.6 peratus seperti televisyen, kamera, dan sistem teater rumah pada suku tahun September 2018. Ini adalah kenaikan suku tahun pertama untuk peralatan audio-visual sejak September 2016, kerana pelarasan kualiti secara amnya menyebabkan penurunan dalam harga barangan ini.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget