empty
 
 

16.07.201809:47:00UTC+00Dolar AS Jatuh Selepas Data China Kurang Memmuaskan; Kenyataan Powell Dalam Penantian

Pasaran dagangan bagi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berbanding beberapa mata wang utama yang lain dalam sesi dagangan Eropah pada hari Isnin, berikutan daripada ekonomi China berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada suku kedua dan para pelabur menunggu kenyataan Kongres Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada minggu ini untuk lebih banyak petunjuk tentang prospek dasar monetari. Data daripada Biro Perangkaan Negara menunjukkan bahawa keluaran dalam negara kasar berkembang kepada 6.7 peratus tahun ke tahun dalam tempoh tiga bulan hingga bulan Jun selepas meningkat sebanyak 6.8 peratus pada suku pertama. Pertumbuhan adalah selaras dengan jangkaan ekonomi. Kadar perkembangan adalah yang paling perlahan sejak suku ketiga pada tahun 2016, apabila ekonomi berkembang sebanyak 6.7 peratus. Kebimbangan mengenai perang perdagangan adalah berterusan, susulan daripada China memfailkan aduan bersama dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif ke atas barangan Cina yang bernilai sebanyak 200 bilion. Powell akan hadir di hadapan Kongres pada hari Selasa dan Rabu, apabila beliau akan membincangkan keadaan ekonomi semasa dan dasar monetari. Data dari Jabatan Perdagangan menunjukkan bahawa sektor jualan runcit Amerika Syarikat (AS) meningkat selaras dengan anggaran ekonomi pada bulan Jun. Laporan itu berkata sektor jualan runcit meningkat dengan sebanyak 0.5 peratus pada bulan Jun selepas melonjak tinggi dengan semakan semula sebanyak 1.3 peratus pada bulan Mei. Ahli ekonomi menjangkakan sektor jualan meningkat sebanyak 0.5 peratus berbanding kenaikan sebanyak 0.8 peratus yang pada mulanya dilaporkan pada bulan sebelumnya. Tidak termasuk lonjakan dalam sektor penjualan kereta, penjualan runcit masih meningkat kepada 0.4% pada bulan Jun berikutan kenaikan sebanyak 1.4% pada bulan Mei. Peningkatan dalam sektor jualan eksport juga adalah selaras dengan anggaran ekonomi. Pasaran dagangan mata wang ini telah didagangkan dalam kawasan negatif berbanding beberapa dagangan mata wang utama yang lain dalam sesi Asia, kecuali mata wang yen. Pasaran dagangan bagi mata wang dolar AS turun ke paras rendah 4 hari 0.9969 berbanding franc, dari paras tertinggi sebanyak 1.0024 pada jam 7:10 malam ET. Pada sisi negatifnya, tahap 0.98 mungkin dilihat sebagai tahap sokongan seterusnya untuk dagangan mata wang dolar AS. Bertentangan dari tahap tinggi awal sebanyak 0.6758 berbanding kiwi, dolar menyusut ke paras rendah dalam tempoh 5 hari sebanyak 0.6793. Dolar AS dijangka memperoleh sokongan sekitar tahap 0.69. Kajian terkini dari BusinessNZ menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan di New Zealand terus berkembang pada bulan Jun, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, dengan skor Indeks Prestasi Perkhidmatan adalah sebanyak 52.8. Paras tersebut adalah turun dari semakan semula yang menyusut sebanyak 57.1 pada bulan Mei. Dolar AS turun ke paras terendah dalam tempoh 5 hari kepada 1.1725 berbanding euro dan rendah dalam tempoh 6 hari 1.3293 berbanding pound, susut dari paras awal sebanyak 1.1676 dan 1.3225 masing-masing. Sokongan seterusnya yang mungkin untuk dolar AS dilihat sekitar tahap 1.19 berbanding euro dan 1.34 berbanding pound. Dolar AS merosot kepada paras terendah 5 hari dengan sebanyak 0.7443 berbanding aussie dan 1.3137 berbanding loonie, dari tahap sebelumnya sebanyak 0.7409 dan 1.3163 dan kekal stabil selepas itu. Dolar AS menutup sesi dagangan hari Jumaat pada tahap 0.7422 berbanding aussie dan 1.3153 berbanding loonie. Pasaran dolar susut kembali kepada 112.27 berbanding yen, tidak jauh dari paras terendahnya pada hari pertama sebanyak 112.20. Sekiranya pasaran dagangan mata wang dolar AS meneruskan kejatuhannya, 111.00 adalah mungkin dilihat sebagai tahap sokongan yang seterusnya. Inventori perniagaan Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mei dijangka tidak lama lagi.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget