empty
 
 

30.10.201709:22:00UTC+00Inflasi Jerman Catat Bacaan Perlahan Kali Pertama dalam Tempoh 5 Bulan

Inflasi Jerman merosot untuk pertama kalinya dalam tempoh lima bulan pada Oktober dan pada kadar yang lebih cepat daripada yang dijangkakan, data awal yang dikeluarkan oleh Destatis menunjukkan pada Isnin. Indeks harga pengguna naik sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun ekoran peningkatan sebanyak 1.8 peratus yang dicatatkan pada bulan September. Ahli-ahli ekonomi meramalkan inflasi pada kadar 1.7 peratus. Kadar yang sama pernah dicatatkan pada bulan Jun. Inflasi mencatatkan bacaan perlahan kali pertama sejak Mei, apabila ia jatuh kepada 1.5 peratus daripada 2 peratus. Inflasi tenaga susut lebih daripada separuh kepada 1.2 peratus berbanding bacaan terdahulu, 2.7 peratus. Sebaliknya, inflasi makanan meningkat kepada 4.3 peratus daripada 3.6 peratus. Pada asas bulan ke bulan, Indeks Harga Pengguna (CPI) tidak berubah berbanding September, sementara ia dijangka meningkat sebanyak 0.1 peratus. Indeks harmoni harga pengguna, atau HICP yang dimaksudkan untuk perbandingan EU, naik 1.5 peratus tahun ke tahun selepas peningkatan sebanyak 1.8 peratus dicatatkan dalam setiap dua bulan sebelumnya. Ahli-ahli ekonomi meramalkan inflasi pada kadar 1.7 peratus. Inflasi HICP juga merosot untuk pertama kalinya dalam tempoh lima bulan. Berbanding dengan bulan sebelumnya, HICP turun 0.1 peratus pada bulan Oktober, berbanding dengan ramalan ahli-ahli ekonomi yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 0.1 peratus. Destatis dijadualkan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai inflasi Oktober pada 14 November.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget