empty
 
 
04.08.2020 12:17 PM

Pada peringkat ini, kami amat berbesar hati untuk mengumumkan senarai nama pemenang bagi tujuh peraduan InstaForex: Chancy Deposit, InstaForex Sniper, One Million Option, FX-1 Rally, Lucky Trader, Real Scalping dan Great Race. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pemenang dan mengalu-alukan penyertaan dari pedagang lain, dan mendoakan kejayaaan untuk semua peserta!

Chancy Deposit

Kempen promo diadakan setiap bulan. Pada akhir setiap bulan, pemenang yang dipilih secara rawak akan menerima hadiah wang tunai. Kami inginkan mengucapkan tahniah kepada finalis dari dua pusingan terbaru: Dmitrii Nikolaevich Nazimov dari Rusia dan Oleg Sergeevich Nedin dari Ukraine. Anda juga boleh menjadi pemenang, sambil meneruskan rutin perdagangan anda di pasaran Forex! Paling penting, jumlah hadiah yang berbeza dikumpulkan setiap bulan. Oleh itu, periksa berita syarikat dan rebut peluang!

InstaForex Sniper

InstaForex Sniper mengutamakan elemen ketepatan, kesabaran, dan tindak balas yang pantas. Kali ini, Ahmed Albouchi dari Tunisia memperlihatkan ciri-ciri ini dengan cemerlang. Beliau telah berjaya mengalahkan semua peserta lain dan meraih kemenangan. Tahniah! Teruskan! Semua pedagang dialu-alukan untuk menguji ketepatan mereka - segera mendaftar dan menyertai peraduan! Peraduan InstaForex Sniper seterusnya dijadualkan akan berlangsung mulai 00:00 pada Isnin hingga 23:59 pada Jumaat.

One Million Option

One Million Option adalah salah satu peraduan paling popular dari InstaForex. Peraduan ini mengumpulkan sebilangan besar peserta yang rindu untuk menguji semangat kompetitif mereka yang kuat, untuk merasakan kegembiraan dan adrenalin yang tinggi! Setiap peserta bersaing untuk merebut gelaran pedagang pilihan terbaik dalam perjuangan yang sengit. Kali ini, Yaroslav Vladimirovich Soloviev dari Ukraine menduduki tempat teratas. Mari mengucapkan tahniah kepada pemenang! Selain itu, kami ingin mengingatkan anda bahawa peraduan One Million Option dijalankan setiap minggu dari jam 00:10 pada Isnin hingga 23:50 pada Jumaat.

FX-1 Rally

Andrej Sergeevich Chernjavskij dan Vladimir Anatolyevich Tsukanov, pedagang dari Ukraine, menunjukkan skor terbaik dalam peringkat sementara peraduan FX-1 Rally baru-baru ini. Selain daripada ucapan tahniah, kami ingin para pemenang mendapat gelaran pelumba terbaik di peringkat seterusnya. Sekiranya anda ingin menghadapi cabaran persaingan perdagangan, selamat datang ke garis permulaan FX-1 Rally! Anda boleh menyertai mana-mana peringkat kejohanan. Anda boleh mendaftar dan menyertai mana-mana peringkat yang diadakan setiap hari Jumaat dari 00:00 hingga 23:59. Pendaftaran ditutup satu jam sebelum perlumbaan.

Lucky Trader

Ketangkasan dan fokus kepada kejayaan adalah kunci untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan kemenangan dalam peraduan Lucky Trader. Sekiranya anda berupaya untuk mempamerkan prestasi yang terbaik, anda berpeluang untuk memenangi salah satu peringkat peraduan seperti yang ditunjukkan oleh Oleg Borisovich Zharkov dari Rusia. Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengingatkan anda bahawa pusingan bagi peraduan yang seterusnya akan bermula pada 3 Ogos 2020 dan berakhir pada 14 Ogos 2020.

Real Scalping

Untuk berjaya dalam Real Scalping, peserta perlu mempunyai reaksi, perhatian, rasa ingin tahu yang tinggi, dan keinginan untuk belajar. Pengalaman mengajar dengan perlahan dan melibatkan risiko kesalahan. Sesuatu yang lebih banyak akan membantu anda untuk berjaya: ketekunan, kesabaran, dan usaha. Kali ini, Oleg Igorevich Zykov dari Rusia mengatasi pesaingnya. Tahniah! Teruskan! Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami dan merebut hadiah utama! Pusingan seterusnya dijadualkan akan diadakan dari 3 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020.

Great Race

Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu mendaftar akaun demo baru di setiap peringkat. Sebagai tambahan kepada hadiah wang, pemenang peringkat akan menerima mata bonus yang boleh digunakan pada peringkat akhir. Kali ini, Hendy Marthin Purba dari Indonesia mengambil hadiah! Kami mendoakan kejayaan beliau dalam peraduan lain oleh InstaForex! Jangan lupa mendaftar untuk menyertai pusingan peraduan seterusnya yang dijadaulkan akan berlangsung dari 20 Julai 2020 hingga 20 Ogos 2020. Ia akan diadakan dari 20 Ogos 2020 hingga 23 September 2020.

Semoga berjaya!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget