empty
 
 

Berita menarik: Liverpool mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara!

20.04.2018 09:48 AM

Pada 10 April, pasukan InstaForex berupaya menarik nafas lega apabila Liverpool berjaya mengalahkan pasukan lawan dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara. Rakan niaga rasmi syarikat, Kelab Bola Sepak Inggeris lagenda, Liverpool, memenangi pertempuran hebat dalam perlawanan menentang Manchester City dan melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan kelab Eropah yang paling berprestij.

Menurut perkiraan UEFA, Reds bakal bertemu dengan pasukan Itali, AS Roma dalam peringkat separuh akhir yang telah menyingkirkan Barcelona dengan skor 3-0. Walau bagaimanapun, Liverpool menewaskan Manchester City di Anfield dengan skor yang sama, meninggalkan sedikit peluang bagi Citizens untuk memasuki peringkat seterusnya.

Tidak perlu dinyatakan, bahawa kedua-dua lawan adalah sangat kuat dan serius untuk merebut gelaran juara. AS Roma pernah menempah tiket ke final Liga Juara-Juara sekali sahaja pada tahun 1984 (pada masa itu, kejohanan ini dikenali sebagai Piala Juara-Juara Eropah). Liverpool merupakan pemenang lima kali Liga Juara-Juara, dan pengendali skuad, Jurgen Klopp pastinya tidak akan menolak untuk bertanding dalam kejohanan final tahun ini.

Ini bermakna bahawa kita kini berada di peringkat semifinal, bahagian pertama yang akan kita lihat adalah pada 24 April, apabila Reds bertemu Roma di Anfield. InstaForex mengharapkan permainan yang menarik dari jurulatih dan pemain kedua-dua pasukan. Kami juga menyimpan hasrat untuk melihat Liverpool menjulang piala kemenangan sekali lagi.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget